Ahad, 11 September 2011

After raya yang memenatkan

Raya tahun ni dahlah kurang kaw! ( sebenarnya sebab takleh balik kg sendiri), kena plak penyakit lepas raya yang menyerang satu famili. Aduh, inilah dugaan lepas raya agaknya.

Dari hari raya ketiga lagi, dia start dan mangsa pertama ialah aku sendiri, hai bertunggu tangga lah kat depan bilik air jawabnya. Dia bermula dengan rasa memulas berpusing-pusing macam orang main roller coster kat dalam perut. Selang dua minit mesti meluru masuk bilik air. Aku ni memang jenis pantang nak gi klinik makan ubat-ubat bagai, jadinya aku buat je teh kelat, minum . Ok , lepas tu .

Aku ni bolehlah tahan lagi, esoknya ank dara plak yang kena. Aduh, tercirit-cirit dia, habis kena seluar ngan cadar, tak sempat-sempat dah nak ke toilet. Dah seharian menunggu toilet, malamnye dia muntah plak, ni tak boleh jadi ni, sampai dah lesu badan dia sebab banyak hilang air. Budak-budak ni tau jelah bukan nak minum sangat benda-benda kelat ni. Abahnya pon dah risau , terus bawa gi klinik.

Lepas tu plak si Laling plak kena. Yang ni kalau sakit sikit, dia punye merengek mengalahkan anak. Jadi tukang basuh kain yang terkena najis mutawaasitah lah isteri nya. Si Laling kena sampai tiga hari, sampai kurang lah sikit dia punya ukur lilit pinggang. Dah pegi klinik lagi, makan ubat lagi, teh kelat lagi, pil chi kit lagi, sampai tak tahu yang mana satu berkesan sebenarnya. Dia maen bantai je sume.

Mangsa seterusnya si Along plak, yang ni cukup merisaukan hati mamanya, sebab lagi beberapa hari nak exam UPSR. Ya Allah, peliharah anakku ini. Dia terpaksa bercuti dua hari, hari yang ketiga dia pergi tu pun kurang sihat lagi perutnya, tapi dia pergi juga sebab nak tahu kedudukan meja time exam.

Time si Along kena, mamanya pon kena balik. Aduh, rasa nak melepek dua hari, tapi terpaksa juga gagahkan diri untuk masak dan kemas rumah sebab tak boleh nak tengok rumah bersepah. Sedih rasa hati bila si Laling cakap si isterinya saje mengada -mengada nak baring je macam orang patah pinggang. Dia tak tahu isterinya ni cirit jugak sampai demam-demam. Tu pun dalam demam cuba jugak masak benda-benda yang ringkas untuk bagi anak-anak makan. Itulah si suami, bukannya dia kena basuh kain ke, masak ke, kemas rumah ke, Dia pon duduk tak buat apa pon, tapi langsung tak nak memahami. Disebabkan kepala otak tengah berat, malas lah nak layan orang yang suka membebel ni, anggap je dia sebatang pokok pisang.

Ingatkan si bongsu tak kena la sindrom kami sume sebab dia nampak macam kebal je, last-last pagi tadi kena jugak dia. Patutla bangun tukar seluar pukul empat pagi. Lepas tu dia panjat katil mamanya. Still tak perasan sampai mamanya bangun nak sembahyang subuh pukul enam. Ingatkan dia kencing atas tilam sebab rasa macam lembap, bila kejutkan dia pergi bilik air, rupa-rupanya dia tercirit masa tidur tapi dia tak sedar. Terus mandikan dia dan tukar baju sume. Kesian plak kat dia. Tapi mama punya cadar habislah, nasib baek tak kena tilam sebab guna mattress protector, kalau tidak dia punya resap tak tahu bila nak hilang bau. Nasib baik jugak sebab si bongsu kena tak teruk, satu hari dah ok. Harap-harapnya jangan lah kena lagi.

Tak tahulah dah termakan apa masa raya hari tu sampai gini punya teruk dapat sakit. NAk kata kena kat satu rumah yang kami pergi beraya tu, si Along tak ikut, tapi dia pon teruk kena. Kesimpulannya, pada masa akan datang, kalau ada orang hidang rendang, sambal, masak lodeh pada raya ketiga, janganlah makan, dah berapa kali hangat pon tak tahu, dahtu kuman betul-betul mati ke tidak, kita tak nampak.

Ahad, 4 September 2011

Raya dulu, raya sekarang

Tertunggu-tunggu bulan puasa, dah abes puasa, sibuk sibuk buat persiapan raya, dah habis raya, sekejap je masa berlalu. Apabila umur meningkat, kemeriahan berhari raya terasa berkurangan. Kenapa ye? aku cuba listkan kenape aku rasa hari raya kurang meriah mengikut pandangan aku:

1)Zaman kanak-kanak dulu punyalah seronok sampai takleh nak tido malam sebab tak sabar nak pakai baju baru dan kasut baru. Dulu-dulu time raya ni jelah selalunya dapat berganti pakaian baru dan kasut baru. Tak kisahlah walau baju kurung tu berharga 20 hengget.

Sekarang ni nak beli baju baru atau kasut baru tak payah tunggu raya. Sale on sepanjang tahun, jadi  macam dah tak heran dengan pakaian dan kasut baru, keterujaan pon berkurangan lah jugak walaupon sekarang dah mampu beli pakaian yang mahal dan berjenama.


2)Zaman kanak-kanak ingat nak bersuka ria je, maklumlah tak de tanggungjawab nak fikir nak masak apa, nak buat persiapan macam mana, semuanya ada orang uruskan. Dalam kepala cuma fikir nak beraya ke rumah siapa je.

Sekarang ni semua nak kena fikir sendiri, nak pakai tema apa , kaler ape, nak masak ape, nak jemput siapa, nak buat open house macam mana, nak tukar langsir ke, nak tukar kerusi ke, macam-macam lah. Akhirnya persiapan punyalah kebabom, tapi bila dah raya badan pon dah keletihan.

3)Zaman kanak-kanak dulu kami bebas selama beberapa hari nak beraya dan mengutip duit raya keliling kampung. Mak bapa pon tak risau sangat sebab kami dulu kalau keluar mesti ramai-ramai, dan selalunya orang-orang kampung tu ada pertalian saudara. Hasil kutipan takde lah banyak mana pon, kalau dapat 30 hengget, kira banyak la tu.

Zaman sekarang anak-anak tak boleh dibiarkan keluar rumah sesuka hati sebab banyak sangat orang jahat kat luar. Jadi anak-anak cuma beraya ke mana mak bapa beraya, kalau takde memang tak kenal sedara la jawabnya.



Tapi apa pun aku merasa hari raya sekarang kurang meriah kerana matlamat asalnya dah terpesong. Hari yang sepatutnya menjadi hari kemaafan dan menghubungkan silaturrahim dah bertukar menjadi hari untuk bergembira kerana tak perlu lagi menahan lapar dan juga hari untuk menunjukkan fesyen masing-masing.
Anak -anak muda sekarang aku tengok cuma bersalam-salaman , lepas tu masing masing sibuk mengadap henfon jer, camana nak mengeratkan silaturrahim, dah la jumpa pon setahun sekali.

Kunjung mengunjungi juga nampak makin hambar kerana masing-masing keletihan kerana hebatnya persiapan nak menyambut raya. Akhir nya mengadap lah tv yang tak habis-habis menyiarkan artis menanyi dan berjoget menyambut raya. Typical sungguh.

Pesen raya sekarang pon macam macam sungguh, padehal baru je habis sebulan berpuasa, bulan memohon keampunan dan rahmat. Kenapa ye sekarang ni ramai orang suka pakai pesen berkemban. Malu ah . Orang dulu berkemban sebab nak mandi, orang sekarang berkemban sebab nak beraya merata riti.

Apa pon selamat hari raya sume, dalam dok sibuk beraya , open house sana sini, jangan plak sampai tersasar solatnya. Baru je bertambah sikit pahala masa bulan Ramadhan, jangan la berkurang bila dah syawal.