Tertunggu-tunggu bulan puasa, dah abes puasa, sibuk sibuk buat persiapan raya, dah habis raya, sekejap je masa berlalu. Apabila umur meningkat, kemeriahan berhari raya terasa berkurangan. Kenapa ye? aku cuba listkan kenape aku rasa hari raya kurang meriah mengikut pandangan aku:
1)Zaman kanak-kanak dulu punyalah seronok sampai takleh nak tido malam sebab tak sabar nak pakai baju baru dan kasut baru. Dulu-dulu time raya ni jelah selalunya dapat berganti pakaian baru dan kasut baru. Tak kisahlah walau baju kurung tu berharga 20 hengget.
Sekarang ni nak beli baju baru atau kasut baru tak payah tunggu raya. Sale on sepanjang tahun, jadi macam dah tak heran dengan pakaian dan kasut baru, keterujaan pon berkurangan lah jugak walaupon sekarang dah mampu beli pakaian yang mahal dan berjenama.
2)Zaman kanak-kanak ingat nak bersuka ria je, maklumlah tak de tanggungjawab nak fikir nak masak apa, nak buat persiapan macam mana, semuanya ada orang uruskan. Dalam kepala cuma fikir nak beraya ke rumah siapa je.
Sekarang ni semua nak kena fikir sendiri, nak pakai tema apa , kaler ape, nak masak ape, nak jemput siapa, nak buat open house macam mana, nak tukar langsir ke, nak tukar kerusi ke, macam-macam lah. Akhirnya persiapan punyalah kebabom, tapi bila dah raya badan pon dah keletihan.
3)Zaman kanak-kanak dulu kami bebas selama beberapa hari nak beraya dan mengutip duit raya keliling kampung. Mak bapa pon tak risau sangat sebab kami dulu kalau keluar mesti ramai-ramai, dan selalunya orang-orang kampung tu ada pertalian saudara. Hasil kutipan takde lah banyak mana pon, kalau dapat 30 hengget, kira banyak la tu.
Zaman sekarang anak-anak tak boleh dibiarkan keluar rumah sesuka hati sebab banyak sangat orang jahat kat luar. Jadi anak-anak cuma beraya ke mana mak bapa beraya, kalau takde memang tak kenal sedara la jawabnya.
Tapi apa pun aku merasa hari raya sekarang kurang meriah kerana matlamat asalnya dah terpesong. Hari yang sepatutnya menjadi hari kemaafan dan menghubungkan silaturrahim dah bertukar menjadi hari untuk bergembira kerana tak perlu lagi menahan lapar dan juga hari untuk menunjukkan fesyen masing-masing.
Anak -anak muda sekarang aku tengok cuma bersalam-salaman , lepas tu masing masing sibuk mengadap henfon jer, camana nak mengeratkan silaturrahim, dah la jumpa pon setahun sekali.
Kunjung mengunjungi juga nampak makin hambar kerana masing-masing keletihan kerana hebatnya persiapan nak menyambut raya. Akhir nya mengadap lah tv yang tak habis-habis menyiarkan artis menanyi dan berjoget menyambut raya. Typical sungguh.
Pesen raya sekarang pon macam macam sungguh, padehal baru je habis sebulan berpuasa, bulan memohon keampunan dan rahmat. Kenapa ye sekarang ni ramai orang suka pakai pesen berkemban. Malu ah . Orang dulu berkemban sebab nak mandi, orang sekarang berkemban sebab nak beraya merata riti.
Apa pon selamat hari raya sume, dalam dok sibuk beraya , open house sana sini, jangan plak sampai tersasar solatnya. Baru je bertambah sikit pahala masa bulan Ramadhan, jangan la berkurang bila dah syawal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan