Ahad, 31 Julai 2011

Jom solat berjemaah

Dah masuk bulan puasa ni, masjid-masjid dan surau penuh lah sikit. Apalagi awal-awal ramadhan ni. Sape-sape yang jarang jejak surau tu time ni lah nak kenal-kenal yang mana imam dan bilal masjid.
Sempena bulan yang mulia ni apakate kita berkongsi ilmu sikit bila nak berjemaah kat surau dan masjid. Selain menjaga adab dan susila kat masjid mari kita renung-renungkan bagaimana kualiti solat jamaah kita dan apa kesilapan-kesilapan yang sering kita lakukan samaada sedar atau tidak. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


1)Wuduk. 
Ambillah wuduk dengan sempurna. Ratakan ke seluruh anggota dan jangan sambil lewa. Jangan sesekali membazirkan air dengan menggunakan air yang terlalu banyak. Saidina Umar al-Khattab sendiri amat cermat menggunakan air untuk berwuduk walaupun ketika itu sumber air yang digunakan adalah dari sebatang sungai. Saya pernah menonton satu rancangan bual bicara yang mana ustaz dalam rancangan tersebut mengatakan untuk mendapatkan wuduk yang sempurna cukup dengan sekadar satu botol air mineral kecil sahaja. Saya sendiri tidaklah pernah mempraktikkan sedemikian tetapi apa yang cuba disampaikan adalah supaya mengelakkan pembaziran.
Semasa berwuduk itu sendiri kita sepatutnya dalam keadaan berserah diri dan mengingati Allah, Ini bertujuan mendapatkan kekhusyukan semasa solat. Dalam beberapa riwayat ada menceritakan bahawa sahabat-sahabat yang rapat dengan Rasulullah pengsan sebaik habis berwuduk kerana perasaan gerun mereka yang akan mengadap Allah senbentar lagi .Kita sendiri bagaimana?

2) Menutup aurat
Jangan memakai pakaian nipis dan jarang hingga menampakkan kulit yang wajib ditutupi semasa solat. Kepada jemaah wanita perhatikan telekung anda. Walaupon sarat bersulam kerawang pastikan material yang digunakan tidak menampakkan kulit kerana ada sesetengah wanita memakai t-shirt sahaja di sebelah dalam, pastikan kain yang digunakan tidak terlalu nipis.
Kalau lelaki, jangan memakai seluar ketat yang menampakkan bentuk kaki kerana ketatnya. Kalau dirumah biasa berpagoda, jangan lah terbawa-bawa ke masjid. Begitu juga jangan memakai t-shirt dengan tulisan- tulisan yang bisa merentap jiwa atau yang akan menganggu jemaah lain.
Lagi satu, berpada-padalah apabila menyapu minyak atar. Kadangkala kembang kempis hidung orang kat sebelah menahan bau yang terlalu kuat. Ini juga akan mengganggu orang lain .

3)Samakan dan rapatkan saf.
Nabi sangat mengambil berat perkara ini kerana jika saf tidak dibetulkan maka Allah akan menselisihkan hati mereka. Betulkan tumit kaki dan rapatkan bahu antara satu sama lain. Elakkan menggunakan sejadah sendiri kerana masing-masing akan berjauhan. Pengalaman saya sendiri yang pernah berterawih tetapi jemaahnya menggunakan sejadah masing-masing walaupon imam telah mengingatkan supaya merapatkan saf. 

4)Carilah khusyuk
Cara yang paling mudah untuk khusyuk ialah dengan memerhatikan bacaan dalam solat, kemudian perhatikan maknanya ,dan yang ketiga, sertakan hati kita bersama bacaan Takutlah sekiranya bacaan berupa ancaman azab dan neraka dan bergembiralah dengan janji kebaikan dan syurga. Tak perlulah sampai tersengih-tersengih, inikan tengah solat, cukuplah dengan merasa lapang hati.
5)Tamakninah
iaitulah berhenti sebentar ketika rukuk, iktidal, rukuk, dan duduk antara dua sujud. Jangan memandang ringan perkara ini kerana salah satu rukun solat.

6)Ikut imam
Bila kita menjadi makmun, maka begitulah hingga akhir solat. Maksudnya, niat kita juga sebagai makmun  maka perhatikan gerakan kita agar tidak mendahului imam atau seolah-olah nak berlumba dengan imam siapa lagi cepat. Dahi imam belumpun mencecah sejadah, kita dah sampai dulu.

7)Telefon oh telefon
Zaman komunikasi ni susah betul orang nak berpisah dengan telefon, hatta nak bersolat pon dibawa telefon dan diletakkan atas sejadah. Lepastu di mutekan bukan di offkan. Selang antara solat terawih tu ,tangan pantang aje menekan-nekan key. Tengah solat tu pon boleh main sms. Sebok benar mengalahkan perdana menteri. Tolong lah hormati orang lain yang nak beribadah. Urusan dunia tu ketepikan lah sebentar.

8)Anak kecil
Kepada ibubapa yang punya anak kecil tolong lah beri perhatian kepada anak anda. Semua orang faham ank-anak perlu dilatih semenjak kecil, tetapi kalau anak-anak yang berumur 3-4 tahun yang memang tak boleh duduk diam dan nyaring suaranya, tak perlu rasanya nak dibawa berjemaah. Kata seorang ustaz kita ni bukan nak khusyuk senyap macam orang mati tapi kalau anak -anak yang duduk di kalangan jemaah tu menjerit dan bermain cak-cak masa imam tengah baca surah dan orang tengah khusyuk, boleh dapat heart attack makcik-pakcik yang dah berumur.






Dan jangan juga sekali-kali solat macam ni walaupon bukan berjemaah




sahur bersama

Hari ni first day sahur dan first day puasa. Anak-anak juga turut bersemangat nak puasa. Bila dikejutkan bangun sahur, semua senang je nak bangun, kalau hari sekolah selalunya kemain susah nak bangun. Anyway , nilah menu sahur hari pertama kami.


rendang daging



ayam masak merah




paru goreng


ini lah hidangan sahur kami
 Ketiga-tiga beradik pon solat subuh hari ni ,walaupon si hero no.2 terlupa camana nak baca niat solat subuh, dan si heroin terlupa bila nak baca doa qunut. Ya Allah berkatilah ramadhan kami kali ini dan peliharalah jiwa anak-anak kami.

Sabtu, 30 Julai 2011

Rancanganku di hujung minggu...... menjelang Ramadhan



Hari ni nak join cik lulu comel plak la. Dok mengklik blog-blog kat alam maya ni teringat ngan cik lulu. Nak buat entry pasai rancangan hujung minggu . Hari ni nak gi pasar nak cari lauk basah dan bahan-bahan nak buat rendang. Darling nak makan rendang ngan nasi impit ngan rendang .Hari ni kan kan last day boleh makan siang sebelum puasa. Tapi tukang masak nye bukan isteri tercinta tapi emak tercinta ha ha.

Nak buat camana rendang air tangan mak dia jugak yang terbest. Takpe, hari ni kita jadi tukang perati ngan tukang makan je. Tapi kena jugak masak ni. Nak masak ayam masak merah. So malam nanti boleh sahur makan ayam masak merah ngan rendang . OKla tu. Nanti dah siap rendang nyer bole buat entry lagi. Nak siap gi rumah mertua ni, nak kena tolong masak.

Nak jadi menantu yang baik kena rajin ambik ati mertua. Nak jadi isteri yang baik kena jaga perut darling. Sebab rajin jaga la perut darling terlebih ukur lilit, hahahah.

 Sesape nak join cik lulu bole klik cini


Jom puasa

Dah nak stat puasa dah. Bermula besok bermulalah bulan yang penuh keampunan, kerahmatan dan keberkatan. puasa  Harapnya tahun ni ibadat puasa dan lain-lainnya akn  bertambah baik dan bertambah berkat dibanding tahun lepas-lepas.

Hero no.1 memang dah stat puasa penuh sejak tahun satu lagi. Heroin tu tak tahu lagi camana tahun ni, dia nak puasa ke taknak, hero no.2 pon tak tahu lagi nak puasa ke tak nak, dia kata nak fikir dulu. Nak fikir dulu? Tapi si ibu dah warning awal-awal, kalau nak puasa mesti solat pon penuh, kalau tak nak solat baik tak payah pose.

Azam tahun ni si ibu nak khatamkan Quran dalam bulan puasa ni, Insya-Allah. Akktiviti menonton tv dan bermain game anak-anak juga akan dikurangkan, apalagi si hero no.1 tu akan periksa Upsr seminggu je lepas raya. Minta doa banyak-banyak nanti untuk kejayaan anak-anak.

Cuma sayangnya tahun ni tak dapat nak berterawih kat surau sebab surau kat tempat baru ni jauh sikit. Kat tempat lama dulu pegi jalan kaki 10 minit je dah sampai. Ya Allah doaku semoga terhapus segala dosa-dosaku sepanjang Ramadhan nanti. Tahun depan belum tentu akan berjumpa dengan ramadhan lagi, jadi tahun ini mesti beribadat dengan seikhlas hati dan mengharapkan keampunan dan keredhaan daripada yang Maha Esa.

Segmen Ben Ashaari

Hari ni master ben buat segmen. So, ai yang baru belajar berblog ni nak try lah. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Harapnya jangan tenggelam.
Master Ben suruh letak gambar terbaik, yang ni boleh la kot. Ni gambar ambik masa floria kat Putrajaya hari tu. Nama ai same ngan  bunga ni. Bolelah.




Nak join segmen ni ,klik SINI







Khamis, 28 Julai 2011

Siang tadi nonton cerita tentang Khalid al-WALID, pejuang tentera Islam yang sangat gagah berani dan bijak. Dia tidak pernah di dalam peperangan menentang kerajaan kristian Byzantine dan Persia yang mempunyai bala tentera yang jauh lebih besar. Menyaksikan kegagahan, kebijaksanaan dan keberanian beliau benar-benar membuka minda tenteng ketulusan dan keikhlasan para sahabat berjuang menegakkan kalimah Allah.Dengan keberanian dan keyakinan mereka pada pertolongan Allah itulah yang menyebarkan Islam ke serata dunia. Dengan jumlah tentera yang kecil dan umat yang terpencil ketika itu mereka telah berjaya mengembangkan Islam ke seluruh alam.

Di manakah Khalid alWalid pada zaman ini. Adakah Salahudin al-Ayyubi yang baru yang berani membebaskan Palestin daripada penjajahan zionis.. Di manakah tentera yang punya keperibadian seperti tentera Muhammad al-Fateh semasa menawan Constantinople.Adakah anak-anak muda yang berani merentasi lautan atau selat Inggeris  untuk menyebarkan Islam bukan untuk mendapat nama dan gelaran.


Bila tengok citer-cietr macam ni timbul keinsafan sekejap.Pastu cuba nak bandingkan orang zaman dulu ngan anak muda zaman sekarang ni. Macam mana nak bebaskan Palestin kalau nak bebaskan diri dari rokok dan dadah pon susah. Macam mana nak sebarkan Islam kalau baca Quran pon tak pandai. Nak cari buku-buku hadis tu memang susah lah sebab lebih ramai lagi yang suka baca MANGGA ngan URTV. Camana naksebarkan Islam kalau bibir lebih senang menyanyi lagu-lagu pop daripada berzikir. Camana nak sebarkan Islam kalau nama ulamak dan sahabat pon tak tahu, tapi lebih banyak tahu tentang gossip panas artis, artis suka makan apa, dating ngan sape, artis mana kawn, artis mane cerai.

Usah kata nak membebaskan Palestin , tu yang tak semayang Jumaat dan bersepah muka kat shopping kompleks. Kalau jumpa jenis yang bersidai takde tujuan tu, chop terus muka tu takleh wat menantu. Kalau yang belom kawen tu , kalau keluar dating, cuba peratikan boifren tu jenis semayang ke tidak, kalau tak semayang ucapkan babai je. memang jenis tak leh wat keturunan. Kalau bawak kereta Ferrari pon, kalau tak sembahyang apa gunanya. Harta tak boleh membeli syurga.

Itu baru bab sembahyang ,belum disuruh mengaji bertarannum. Kalu tak dapat tarannum ,dapat yang tajwid betul pon oklah. Kalau mengaji pon tak tau camana?

Bila menengok orang muda zaman sekarang ni, susah hati betol. Tengok masjid yang dua saf tiap kali azan tu cukuplah. Langsung tak menarik minat dan keinginan mereka nak gi masjid kalau dengar azan. Itu kalau dengar, kalau yang duduk dalam shopping kompleks bila masa nak dengar azan. Yahudi tidak takut dengan bilangan umat Islam yang ramai. Selagi masjid-masjid tidak dipenuhi jemaah pada waktu subuh seperti solat Jumaat selagi itu yahudi tidak akan gentar dengan umat Islam.



Alangkah indahnya kalau dapat melihat pemandangan sebegini di mana-mana.

Rabu, 27 Julai 2011

islamophobia

Selama ni media begitu cepat melatah dengan menuduh orang Islam sebagai pengganas sekiranya ada kejadian keganasan berlaku. Segala suratkhabar dan media akan meletakkannya sebagai berita utama selama berhari-hari, berbagai laporan dan wawancara akan dibuat dan diada-diadakan untuk mberbincang kononnya Islam itu ganas.

Dalam kejadian pengeboman di Oslo dan tembakan  rambang ke atas remaja di pulau Utoya, Norway, tidak banyak media yang melaporkannya sebagai berita utama kecuali di Norway sendiri. Usah kata negara barat yang anti Islam, surat khabar kat Malaysia ni pon tidak menyiarkannya sebagai berita utama. Itupon dalam laporan awal ada yang menuduh puak jihad Islam, namun apabila si pengganas sendiri mengaku, perkara tersebut di tarik balik,

Nampak sangat bias nya pihak media apabila si pengganas adalah seorang ektsrimis Kristian. Kalaulah kejadian ini melibatkan orang Islam sebagai pengganas, sudah pasti kesatuan Eropah tak duduk diam dan cepat saje ambik keputusan nak berperang dengan mana-mana pihak yang disyaki terbabit.

Malah tuduhan ke atas si Anders Behring Breivik akan ditukar daripada "DAKWAAN BERKAITAN KEGANASAN" kepada "JENAYAH MENENTANG KEMANUSIAAN". Walaupon hukuman yang akan dikenakan lebih berat jika sabit kesalahan namun orang barat tetap tak mo guna perkataan  pengganas tu walaupon berlaku dkalangan orang-orang mereka sendiri.

Kalau keganasan dilakukan oleh orang Islam, macam -macam kutukan akan keluar kat internet melalui, blog youtube, dan sebagainya sampaikan mereka ni sanggup hina Nabi Muhammad s.a.w. dengan macam-macam kecaman. Merka akan mengaitkan aktiviti keganasan ni dengan ajaran nabi Muhammad. Sekarang ni cuba tengok apa reaksi mereka, terlopong ternganga sume in disbelief.

Yang pelik dan bodohnya si Anders ni ialah dia menbenci Islam dan tidak mahu Islam tersebar di Eropah, kononnya dia pejuang salib, tapi yang k.o. dalam keganasan tu sumenye bukan Islam. Kebanyakan adalah remaja Kristian yang menyokong persamaan hak untuk semua manusia.

 Pengganas Islam melakukan kesalahan kerana mereka telah ditindas dalam berbagai cara dan dalam waktu yang begitu lama, seperti di Iraq, Afghanistan, Palestin,Chechnya. Dalam kes kejadian keganasan sebuah sekolah di Beslan dan di sebuah teater di Russia, yang terlibat adlah puak pemisah Cechen, tetapi yamg membunuh kebanyakan mangsa adalah pihak berkuasa Russia sendiri. Mereka sanggup membunuh berpuluh rakyat sendiri demi untuk membunuh beberapa orang pejuang Cechen. Very stupid and foolish . Sebab pejuang Cechen bertindak demikian adalah kerana rakyat Cechnya tidak dibenarkan keluar dari kesatuaan Russia yang kapir. Mereka tlh ditindas dan pejuang cuma mahukan Presiden Russia agar membawa keluar tentera dari kawasan Cechnya.Tetapi pengganas Kristian seperti Anders Behring Breivik, Timothy McVeigh, apa alasan mereka? Mereka mengganas untuk apa?

Ahad, 24 Julai 2011

gaya muslimah melentik

Baru habis menonton rancangan Safiyya di tv9 tadi, terus rasa nak mencontengkan pandangan sendiri kat sini. Dalam salah satu segmen tu ada ditunjukkan tentang pompuan yang ala-ala model muslimah gitu. Ditunjukkan camana dorang belajar memekapkan diri dorang sendiri, cara berjalan cam ayam dan itik, cara melentik dan menggimnastikkan diri. Pastu ada bual bicara dengan sorang model muslimah yang dah terkenal ni. Aku  kenal dia ni sebab selalu beli majalah Nur.

Maka berceritalah dia tentang minat dia dalam bidang modeling ni. Katanya memang minat dia sejak kecil. Yang tu okelah. Tapi bila dia cakap camni lebih kurang bunyinya,

"memang saya tahu mencantikkan diri dan mempamerkan kecantikan kepada orang lain tu tak boleh, tapi kalau kita mempamerkan diri kepada sesama perempuan muslimah tu boleh. Tapi untuk perempuan muslimah sahaja lah tidak boleh bercampur antara lelaki dan permpuan. Tapi saya pon tak boleh nak cakap tentang ni, biar orang yang lebih tahu tentang ni je yang cakap".

Dia nampak macam serba salah nak cakap mungkin sebab mekap yang dia pakai tu setebal tembok besar cina ataupon sebab jurukamera yang memfotografi mereka tu lelaki. Jadi, rasanya memang mereka tidak mengikut syariah pon apabila mereka bermekap berlebihan untuk menonjolkan kecantikan dan menjadi tontonan lelaki dan perempuan. Suasana kerja  jelas menunjukkan yang berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan . Gaya yang ditonjolkan juga banyak yang tidak sesuai dengan perwatakan seorang wanita muslimah.

Mekap terlalu tebal,pakaian terlalu sendat, tudung yang terlalu pendek, lengguk badan yang meliuk lintuk pelbagai gaya langsung tidak menampakkan kemuslimahan mereka melainkan mereka menutup rambut, itu sahaja. Inilah gaya-gaya yang akan menjadi ikutan anak-anak muda. Roh seorang muslimah langsung tidak terpancar.

Kalau mengikut pandangan aku yang tak berapa pandai ni, takde bezanya model muslimah ni dengan model mat saleh bertudung kat IIFF anjuran Dato' Shah Reza tu. Bezanya cuma dorang tu memang jahil dan takde aturan agama. Cuba bandingkan.

Benda-benda macam ni tak payah lah sampai "orang yang lebih tahu" kena bercakap. Ini aturan asas yang semua orang dah tahu, antara nak ikut atau nak engkar je.

Sesape ada idea lagi bernas, share-share kan

Msg memang merbahaya

Memang susah nak jaga makan minum  keluarga. Segalanya mesti berkhasiat, baik, yang mereka suka. Pernah dengar kan iklan ni. Sebenarnya kalau difikirkan ada benarnya pernyataan tersebut. Orang kalau nak makan mestilah nak makan bende yang sedap-sedap saje. Jarang orang nak makan kalau dah tau makanan tu tak sedap.

Sebagai isteri dan ibu, masakan memang penting dalam sebuah rumahtangga. Makan adalah suatu kemestian. Manusia makan untuk hidup kan walaupon ada sesetengah manusia yang hidup untuk makan. Kali ni saya nak menulis dilema tentang makanan yang dimakan oleh ahli keluarga kita setiap hari.

Siapa yang tak pernah guna msg ni. Msg atau penambah perisa yang dijual dalam pelbagai nama dan jenis ni berlambak-lambak dijual dan menjadi ramuan wajib dalam setiap masakan. Rasanya ramai yang dah tahu juga tentang keburukan benda alah ni. Msg banyak dikaitkan dengan obesiti, menyebabkan sakit kepala, dan banyak lagi masalah kesihatan yang lain. Kita tak payahlah nak cerita apa komposisi kimia bagai yang membuatkan makann jadi sedap, tapi apa kesannya kepada orang yang menggunakan msg.

Msg banyak digunakan untuk menyedapkan masakan dan yang paling banyak menggunakan bahan ni ialah industri makanan segera. Teorinya simple jer, KALAU SEDAP ORANG AKAN MAKAN SELALU.
Kalau masak sendiri di rumah, kita boleh la agak banyak mana nak taruk benda ni dalam masakan, tapi kalau makan di restoran atau makan makanan segera, mana kita tahu berapa banyak diaorang taruk kat dalam tu.
Orang kalau dah makan benda sedap dia nak makan selalu dan dia nak makan banyak. Dah makan banyak bukan reti nak bersenam ke, buat aktiviti yang keluarkan peluh ke. Lepas tu badan jadi gemuk pastu banyak la masalah kesihatan yang menjenguk. Itu je sebenarnya cara paling mudah nak menerangkan kepada orang yang tak reti teori-teori sains macam saya nih.

Kat rumah saya sendiri dah lama tak ada benda msg nih, dah tak berani nak guna lepas selalu dapat migrain. Sebenarnya kita lah yang kena membiasakan lidah. Bukannya makanan yang kita masak tu tak sedap, tapi sebab lidah tu dah terbiasa ngan msg, tu yang jadi ketagih. Kalau daripada kecik anak-anak dah biasa dengan masakan emaknya, tak guna msg pon tak jadi hal. Kita lah yang patut lebih tahu apa sebenarnya elok untuk mereka.

Ok, kalau masak kat rumah memang tak jadi hal, tapi macam mana plak kalau makan kat luar. Tak kesahlah  sekali-sekala dihujung minggu atau bagi ibubapa yang bekerja, yang takde orang gaji, yang jarang masak kat rumah. Macam mana kita nak tahu tokey kedai guna msg atau tidak. Kalau saya senang je, tanyakan terus pada tukang masak atau waiternya, tak tanya tak tau, ye dak. Kalau keluar bawa anak-anak tu cuba elakkan makan makanan segera, tapi tahu  jelah anak-anak, memang susah kalau nak suruh makan benda yang elok dan berkhasiat. Cara yang paling baik ialah MAKAN DULU KAT RUMAH, PASTU BARU KELUAR.

Orang zaman dulu-dulu takde nya guna Msg ni,  pastu makan ulam-ulam, benda yang tak perlu masak dan semulajadi ,sebab tu dia orang makan sekadar isi perut je, lepas tu keluar ke padang buat kerja yang mengeluarkan peluh. Dengan cara tu toksik dalam badan terus keluar, takde nak simpan-simpan. Orang sekarang nak makan mesti mau sedap, dah sedap mesti nak lebih. Lepas makan dok dalam ofis yang beraircond, asyik overtime bila nak bersenam, pastu makan empat kali sehari. empat hari kemudian baru nak buang sebab sistem badan dah tak betul, tu yang toksik bertakung dalam badan.

Kesimpulan, cara makan yang betul ialah dengan mengikuti cara dan adab makan Nabi Muhammad s.a.w. Isikan perut dengan 1/3 makanan, 1/3 air, 1/3 udara. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Sehabis makan tu jilat setiap hujung jari sebab kat situ ada enzim yang boleh membantu penghadaman. Kalau nak lagi bagus amalkan puasa setiap Isnin ngan Khamis.

Kalau ada sesape yang tahu mana-mana restoran yang tak guna Msg dalam masakan, sila share.

Sabtu, 23 Julai 2011

Kelebihan seorang isteri dan ibu

 Hari ini si suami pergi kursus ESQ kat hotel Flamingo. Si hero no. 1 plak menghadiri tutor untuk budak budak UPSR kat Bangsar. Tinggallah si ibu bersama dua orang lagi si anak kat rumah.

Hari ni masak simple je sebab tak ramai. Pinggang pon sakit lagi ni. Sebelum ni dua belah pon sakit, hari ni belah kanan je sakit, tapi nak pusing teramat susah. Semalam si suami sampai kat rumah dekat pukul sebelas, jadi memang tak dinner kat rumah la tu.

Hari ni buat ape ye;
basuh kain, jemur kain, lipat kain, iron baju anak2 dan si suami
masak
ajar anak-anak mengaji
cuci bilik air
potong kuku anak2

Does not look like very important job or such a mega thing, tapi I'm proud and hati berbunga bahagia melakukannya. Biarpon pada pandangan orang lain it's just ordinary and petty little things to do, tapi aku tak peduli kerana yang penting apa yang aku buat itu  kebahagiaan kami sekeluarga. Yang lebih penting lagi ialah aku lebih peduli tentang pandangan Allah atas setiap perkara yang aku buat.
Semoga setiap perkara kecil yang aku lakukan dapat menjauhkan aku setapak dari api neraka dan mendekatkan aku setapak ke syurga.

Antara kelebihan seorang isteri yang menjaga anak-anak, mencuci pakaian mereka, memandikan mereka, meminyak dan menyikatkan rambut mereka, Allah  akan mencatitkan perbuatan baik sebanyak helaian  rambut, dan memadamkan sebanyak itu perbuatan jahat.

Petikan dari buku LA TAHZAN " kebahagiaan menurut sahabat adalah sesuatu  yang tidak banyak menyibukkan, hidup yang sangat sederhana dan pendapatan yang memadai".

Aku ingin sekali menjadi isteri sehebat Khadijah, anak sehebat Fatimah, ibu sehebat Maryam, mereka begitu tabah menghadapi setiap dugaan yang menimpa keatas mereka , bahkan tidak pernah pula berkurang rasa syukur mereka kepada Allah. Aku ingin menjadi isteri dan ibu yang terhebat, yang terbaik sekurang-kurangnya di mata suami dan anak-anak. Dalam diri masih banyak yang kekurangan, banyak kelemahan, banyak kekhilafan, tapi aku akan terus mencuba dan berusaha menjaga suami dan anak-anak sebaik mungkin.

Jumaat, 22 Julai 2011

alahai ank-anak

Hasil perkahwinan selama 13 tahun yang rukun damai, terhasillah dua orang hero dan sorang heroin. Hero nombor satu pendiam sikit orang nyer, tak de banyak kerenah dan senang diuruskan. Tahun ni nak ambik UPSR tapi banyak sangat main dan tak berapa risau nak pereksa. Yang ni very dependant dengan mak ayah tapi juga kuat membangkang ayahnya. Dengan mak dia takut sikit dan tak berapa berani nak melawan. Mungkin sebab aku ni jenis yang garang dan memang akan menggunakan kuasa veto aku untuk merotan anak-anak yang melawan atau tak dengar kata. si ayahmemang kuat diplomasi tapi tak jalan selalunya.

Yang kedua si heroin yang dah masuk 9 tahun. Yang ni  kuat merajuk macam mak dia, nak menang sendiri, tak suka mengalah, suka simpan dalam hati. Si heroin memang menjadi ratu pujaan hati sang ayah dan dia memang selalu nak menang. Si ayah akan selalu membebel tapi si anak juga yang menang akhirnya. Si heroin ni memang sangat sayang ngan si ayah lebih daripada sayangkan si mak. Memang anak ayah ni. Kalu buat kad ke, hadiah ke, memang dia akan kasi kat si ayah dulu. Mungkin sebab mak nye garang sangat kot.

Hero nombor dua baru tujuh tahun. Yang ni banyak cakap cam ayahnya. Senang bergaul ngan orang, dan memang terlebih manja sebab takde adik. Tapi dia senang dimanipulasikan. Risau plak kalau terbawa-bawa sampai besar nanti. Yang ni kalau menjerit memang nyaring dan menyakitkan telinga. Kalau hilang kat pasaraya memang senang nak jumpa  (tak pernah hilang pon). Yang ni masalah sikit bila nak pegi sekolah. Nak bangun pagi cukup susah. Macam-macam alasan dia bagi kalau dia malas nak gi sekolah. Kadang-kadang kalau kaki gatal kena gigit nyamuk pon bole jadi alasan tak nak gi sekolah. Otak dia memang ligat cari alasan.

Dah tujuh tahun takde baby kecik kat dalam rumah ni. Bila tengok baby-baby yang comel, ada jugak rasa teringin. Si hero nombor dua pon asyik tanya bile nak ade baby , orang lain sume ada baby. Tapi bila memikirkan nak kena bangun malam, nak tukar lampin dan macam2 kerenah baby, aduh semput rasanyer. Soal mengandung atau hilang bentuk badan tu small matter je. Si ayah pon asyik tanya tak nak baby baru ke, dia sentiasa bersedia nak bagi sumbangan.

Nak jaga baby bagai, yang dah besar ni pon tak terjaga. Ni ha si hero nombor dua yang takreti dok diam telah mencederakan diri sendiri. Bila si ayah balik dari kerja, dia jadi tergezut. Bila dia tergezut, dia akan membebel. Itu boleh difahami sebab si ayah boleh memang terer membebel dalam apa jua suasana. Soalan yang sepatutnya berbunyi simpati telah bertukar menjadi seperti seorang polis yang cuba korek rahsia dari seorang pengedar dadah. Anak nya langsung tak nak jawab sebab soklan si ayah biasanya akan meleret dan berpanjangan dan berulang-ulang. Anak-anak pon dah boleh baca pee'l si ayah.



benjol sebesar telor ayam, sian dia

sakit pinggang

Adoi,, sakitnya pinggang hamba ni. Dah seminggu macam ni, tak hilang-hilang lagi. Nak solat pon tak boleh rukuk dan sujud, jadi terpaksa solat duduk. Ini kali ketiga aku sakit pinggang macam ni. Dah seasoned kot bila dah masuk 30an ni.

First time sakit pinggang dulu masa heroin aku umur 2 tahun. Masa tu baru pindah rumah jadi terpaksa mengemas dan mengangkat kotak- kotak barang. Bukan kotak besau pon, yang kecik-kecik jer. Dia punya after effect tuh memang dasat sampai nak keluar suara pon tak boleh. Terpaksa diinjek oleh doktor, baru lega.

Second time, dua tiga tahun lepas, bila habis mengemas dan mendecorkan rumah (kononnya), dah tolak-tolak almari ngan katil , kesannya datang lepas tu. Time tu pon kena injek gak. Aku ni cukup cuak dengan jarum sebenarnya. tapi, bila dah terpaksa tu tahan jelah.

La ni dia dah datang balik penyakit ni, padehal aku tak rindu pon kat dia. Oh! sakit pinggang pergi kau main jauh-jauh. Dah lama kau menghilang, hilang jelah terus. Bila datang sakit ni, memang tak boleh banyak bergerak sebab musle macam bengkak or something. Bila pegi chek memang bukan masalah tulang belakang doktor cakap tapi muscle, so dinasihatkan banyak berehat. Doktor yang aku pegi kali ni lelaki, dia pon tak mau suntik morfin kat aku agaknya, dia kasi pil tahan sakit, ubat sapu, dan koyok je. Tapi tah kenapa ubatnya lambat betul berkesan kali ni. Nak pusing atau mengiring kiri kanan kemain seksa dibuatnya.
Ni bende yang aku kena buat. Makan dan sapu. Koyok dah lama abih.


Kenapa muscle tu jadi bengkak yea. Mungkin minggu lepas banyak banyak sangat berjalan atau aktiviti yang melibatkan muscle. Iyake?

Ada penjelasan yang lebih bagus?

Apapon sabar jelah. Mungkin Allah saje nak menguji dengan memberi sedikit kesakitan. Mungkin Allah nak menghapuskan dosa-dosa kecil dari kesilapan yang tidak disedari. Baru sakit pinggang sikit je, bukan lumpuh atau patah ponkan. Ya Allah aku redha atas setiap kesakitan atau dugaan sekiranya aku akan menjadi manusia yang lebih baik disisiMu.

body yang x phewit

Tahun ni dah masuk 35 tahun, rase macam dah tua jer. Bukan tua sangat pon, dah masuk peringkat matang sebenarnya. (ini saja nak mengobati hati sendiri). Tapi, tidak mengapa, sebaliknya aku harus berbangga dan bersyukur kerana dikurniai kehidupan yang baik selama ini bersama keluarga tersayang. Daripada zaman belom kawen sampai sekarang anak dah masuk tiga dan dah besau sume. Takde le besar mana tapi masing-masing dah pandai cebok sendiri, dah besar la tu
 Allah telah mengurniakan bermacam nikmat yang tidak habis untuk disyukuri kerana punya ibubapa yang amat kaya dengan kasih sayang, adik beradik yang harmoni dan rumah tangga yang aman. Semoga kebahagiaan ini berkekalan ke syurga hendaknya.
Dalam hidup ni bermacam pengalaman dah dilalui, merasai kemanisan dan kepahitan pengalaman hidup. Semuanya menjadi ujian kepada diri agar sentiasa merendahkan diri dan berusaha mencari keredhaan Allah.

Cukup le tu pembukaan dengan ayat yang teramat sadis dan syahdu kat atas tu. Sekarang berbalik kepada tajuk utama. Nak dijadikan cerita semasa aku nuda dulu-dulu, dari zaman kanak-kanak hingga remaja badan aku ni memang termasuk kategori kurus keremping. Memang ikut saiz mak aku. Dia pon kurus jugak, tapi kami sume kurus pon termasuk dalam kategori sihat, bukan macam anorexic tu. Malah aku sangat aktif menghabiskan tenaga aku dengan bersukan dan bermain ngan member sekampong. Kitaorang dulu mana nak layan sangat indoor games ni, memng takde pon. Tempat main kitaorang kalau bukan kat dalam kebun, mesti kat sawah padi.

Masa aku belajar kat U dulu cukup geram kalau tengok paha member-member yang berisi. Masa belom kawen dulu berat badan aku cuma 40 kilo jer. Serasa aku yang paling berat pon 42 kg je. Macam macam aku buat, makan nasi 2 pinggan tak jadi hal punya. Aku jugak pernah mentry minum sejenis susu untuk menambahkan berat badan , tapi tak jadi jugak. Menghabehkan duit aku jer.

Lepas aku kawen pon kurus lagi, tapi masa mengandung ank pertama berat badan aku naik dari 42kg kepada 70 kg. Tapi aku pon tak tau kenape aku sangat gembira setiap kali menengok jarum timbangan naik. Mungkin sebab terharu kot bila tengok jarum melepasi angka 50kg. Lepas je bersalin dan habis pantang, berat aku terus turun kepada 45 kg. Ok lagi.  Body pon masih macam anak dara. Lepas tu mengandung kali kedua, berat aku naik mendadak jugak, dan bila dah bersalin berat badan kembali normal. Masa tu umur 26 tahun.

Bila mengandung kali yang ketiga ni selera aku betul-betul kaw punyer. Lapar memanjang, dan encik suami juga ikut melayan selera aku, aku buncit, dia pon turut sama buncit. Sehabis bersalin anak yang ketiga ni berat badan aku bermasalah sikit nak turun sampai lah sekarang ni. Sekarang ni dia mantain jer lebih daripada 50 kg. TApi sebenarnya yang menjadi masalah ialah bukan berat badan tetapi cutting badan dah takde. Dah macam-macam cara aku buat nak kempiskan perut, tapi x jugak berjaya. Aku memang segan betul kalau nak ukur pinggang sendiri, takde dah pinggang 23 inci aku.

Tiap kali fikir nak diet, susah betul kalau hari-hari masak.Dah masak mesti lah cuba, kalau dah cuba dan sedap mesti lah makan pon lebey. Kadang-kadang kalau tak nak membazir makanan ,kita jugak la tukang perabih makanan anak-anak. Camana nak diet. Dulu kalau dengar orang cakap susah nak diet, mesti tak caya. Sekarang baru tahu macam mana seksanya nak menahan diri dari makan/ mengisi perut. Dulu, kehidupan sentiasa aktif dan metabolisma tengah tinggi. Sekarang ni metabolisma pon dah berkurangan dah, sebad tu makanan lebih cepat menimbun menjadi lemak.Walau apapon, tujuan aku nak mendapatkan perut yang kempis tu sebenarnya juga untuk kesihatan jugakkan.




Anyway, any suggestion camana nak mengempiskan perut?

Rabu, 20 Julai 2011

baru belajar

Hari ni hari pertama buat blog. Selama ni tak sedar pon selain daripada alam nyata, ada satu lagi alam lain yang wujud dan kurang disedari oleh orang yang x brapae terer pasai it nih, iaitulah alam blogging.
x sangka kat alam ni banyak maklumat yang kita boleh dapat atau pelajari atau cedok, atau nak mempositifkan diri mahupon nak menjahanamkan diri.

Kat alam ni banyak gossip, banyak mengata, banyak ilmu juga banyak pengetahuan sebenarnya.
Harap2 lepas ni dapatlah belajar banyak bende2 positif dan boleh bagi manfaat kat dunia ni mahupon kat akhirat.