Selama ni media begitu cepat melatah dengan menuduh orang Islam sebagai pengganas sekiranya ada kejadian keganasan berlaku. Segala suratkhabar dan media akan meletakkannya sebagai berita utama selama berhari-hari, berbagai laporan dan wawancara akan dibuat dan diada-diadakan untuk mberbincang kononnya Islam itu ganas.
Dalam kejadian pengeboman di Oslo dan tembakan rambang ke atas remaja di pulau Utoya, Norway, tidak banyak media yang melaporkannya sebagai berita utama kecuali di Norway sendiri. Usah kata negara barat yang anti Islam, surat khabar kat Malaysia ni pon tidak menyiarkannya sebagai berita utama. Itupon dalam laporan awal ada yang menuduh puak jihad Islam, namun apabila si pengganas sendiri mengaku, perkara tersebut di tarik balik,
Nampak sangat bias nya pihak media apabila si pengganas adalah seorang ektsrimis Kristian. Kalaulah kejadian ini melibatkan orang Islam sebagai pengganas, sudah pasti kesatuan Eropah tak duduk diam dan cepat saje ambik keputusan nak berperang dengan mana-mana pihak yang disyaki terbabit.
Malah tuduhan ke atas si Anders Behring Breivik akan ditukar daripada "DAKWAAN BERKAITAN KEGANASAN" kepada "JENAYAH MENENTANG KEMANUSIAAN". Walaupon hukuman yang akan dikenakan lebih berat jika sabit kesalahan namun orang barat tetap tak mo guna perkataan pengganas tu walaupon berlaku dkalangan orang-orang mereka sendiri.
Kalau keganasan dilakukan oleh orang Islam, macam -macam kutukan akan keluar kat internet melalui, blog youtube, dan sebagainya sampaikan mereka ni sanggup hina Nabi Muhammad s.a.w. dengan macam-macam kecaman. Merka akan mengaitkan aktiviti keganasan ni dengan ajaran nabi Muhammad. Sekarang ni cuba tengok apa reaksi mereka, terlopong ternganga sume in disbelief.
Yang pelik dan bodohnya si Anders ni ialah dia menbenci Islam dan tidak mahu Islam tersebar di Eropah, kononnya dia pejuang salib, tapi yang k.o. dalam keganasan tu sumenye bukan Islam. Kebanyakan adalah remaja Kristian yang menyokong persamaan hak untuk semua manusia.
Pengganas Islam melakukan kesalahan kerana mereka telah ditindas dalam berbagai cara dan dalam waktu yang begitu lama, seperti di Iraq, Afghanistan, Palestin,Chechnya. Dalam kes kejadian keganasan sebuah sekolah di Beslan dan di sebuah teater di Russia, yang terlibat adlah puak pemisah Cechen, tetapi yamg membunuh kebanyakan mangsa adalah pihak berkuasa Russia sendiri. Mereka sanggup membunuh berpuluh rakyat sendiri demi untuk membunuh beberapa orang pejuang Cechen. Very stupid and foolish . Sebab pejuang Cechen bertindak demikian adalah kerana rakyat Cechnya tidak dibenarkan keluar dari kesatuaan Russia yang kapir. Mereka tlh ditindas dan pejuang cuma mahukan Presiden Russia agar membawa keluar tentera dari kawasan Cechnya.Tetapi pengganas Kristian seperti Anders Behring Breivik, Timothy McVeigh, apa alasan mereka? Mereka mengganas untuk apa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan