Ahad, 31 Julai 2011

Jom solat berjemaah

Dah masuk bulan puasa ni, masjid-masjid dan surau penuh lah sikit. Apalagi awal-awal ramadhan ni. Sape-sape yang jarang jejak surau tu time ni lah nak kenal-kenal yang mana imam dan bilal masjid.
Sempena bulan yang mulia ni apakate kita berkongsi ilmu sikit bila nak berjemaah kat surau dan masjid. Selain menjaga adab dan susila kat masjid mari kita renung-renungkan bagaimana kualiti solat jamaah kita dan apa kesilapan-kesilapan yang sering kita lakukan samaada sedar atau tidak. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


1)Wuduk. 
Ambillah wuduk dengan sempurna. Ratakan ke seluruh anggota dan jangan sambil lewa. Jangan sesekali membazirkan air dengan menggunakan air yang terlalu banyak. Saidina Umar al-Khattab sendiri amat cermat menggunakan air untuk berwuduk walaupun ketika itu sumber air yang digunakan adalah dari sebatang sungai. Saya pernah menonton satu rancangan bual bicara yang mana ustaz dalam rancangan tersebut mengatakan untuk mendapatkan wuduk yang sempurna cukup dengan sekadar satu botol air mineral kecil sahaja. Saya sendiri tidaklah pernah mempraktikkan sedemikian tetapi apa yang cuba disampaikan adalah supaya mengelakkan pembaziran.
Semasa berwuduk itu sendiri kita sepatutnya dalam keadaan berserah diri dan mengingati Allah, Ini bertujuan mendapatkan kekhusyukan semasa solat. Dalam beberapa riwayat ada menceritakan bahawa sahabat-sahabat yang rapat dengan Rasulullah pengsan sebaik habis berwuduk kerana perasaan gerun mereka yang akan mengadap Allah senbentar lagi .Kita sendiri bagaimana?

2) Menutup aurat
Jangan memakai pakaian nipis dan jarang hingga menampakkan kulit yang wajib ditutupi semasa solat. Kepada jemaah wanita perhatikan telekung anda. Walaupon sarat bersulam kerawang pastikan material yang digunakan tidak menampakkan kulit kerana ada sesetengah wanita memakai t-shirt sahaja di sebelah dalam, pastikan kain yang digunakan tidak terlalu nipis.
Kalau lelaki, jangan memakai seluar ketat yang menampakkan bentuk kaki kerana ketatnya. Kalau dirumah biasa berpagoda, jangan lah terbawa-bawa ke masjid. Begitu juga jangan memakai t-shirt dengan tulisan- tulisan yang bisa merentap jiwa atau yang akan menganggu jemaah lain.
Lagi satu, berpada-padalah apabila menyapu minyak atar. Kadangkala kembang kempis hidung orang kat sebelah menahan bau yang terlalu kuat. Ini juga akan mengganggu orang lain .

3)Samakan dan rapatkan saf.
Nabi sangat mengambil berat perkara ini kerana jika saf tidak dibetulkan maka Allah akan menselisihkan hati mereka. Betulkan tumit kaki dan rapatkan bahu antara satu sama lain. Elakkan menggunakan sejadah sendiri kerana masing-masing akan berjauhan. Pengalaman saya sendiri yang pernah berterawih tetapi jemaahnya menggunakan sejadah masing-masing walaupon imam telah mengingatkan supaya merapatkan saf. 

4)Carilah khusyuk
Cara yang paling mudah untuk khusyuk ialah dengan memerhatikan bacaan dalam solat, kemudian perhatikan maknanya ,dan yang ketiga, sertakan hati kita bersama bacaan Takutlah sekiranya bacaan berupa ancaman azab dan neraka dan bergembiralah dengan janji kebaikan dan syurga. Tak perlulah sampai tersengih-tersengih, inikan tengah solat, cukuplah dengan merasa lapang hati.
5)Tamakninah
iaitulah berhenti sebentar ketika rukuk, iktidal, rukuk, dan duduk antara dua sujud. Jangan memandang ringan perkara ini kerana salah satu rukun solat.

6)Ikut imam
Bila kita menjadi makmun, maka begitulah hingga akhir solat. Maksudnya, niat kita juga sebagai makmun  maka perhatikan gerakan kita agar tidak mendahului imam atau seolah-olah nak berlumba dengan imam siapa lagi cepat. Dahi imam belumpun mencecah sejadah, kita dah sampai dulu.

7)Telefon oh telefon
Zaman komunikasi ni susah betul orang nak berpisah dengan telefon, hatta nak bersolat pon dibawa telefon dan diletakkan atas sejadah. Lepastu di mutekan bukan di offkan. Selang antara solat terawih tu ,tangan pantang aje menekan-nekan key. Tengah solat tu pon boleh main sms. Sebok benar mengalahkan perdana menteri. Tolong lah hormati orang lain yang nak beribadah. Urusan dunia tu ketepikan lah sebentar.

8)Anak kecil
Kepada ibubapa yang punya anak kecil tolong lah beri perhatian kepada anak anda. Semua orang faham ank-anak perlu dilatih semenjak kecil, tetapi kalau anak-anak yang berumur 3-4 tahun yang memang tak boleh duduk diam dan nyaring suaranya, tak perlu rasanya nak dibawa berjemaah. Kata seorang ustaz kita ni bukan nak khusyuk senyap macam orang mati tapi kalau anak -anak yang duduk di kalangan jemaah tu menjerit dan bermain cak-cak masa imam tengah baca surah dan orang tengah khusyuk, boleh dapat heart attack makcik-pakcik yang dah berumur.






Dan jangan juga sekali-kali solat macam ni walaupon bukan berjemaah




Tiada ulasan:

Catat Ulasan