Ahad, 11 September 2011

After raya yang memenatkan

Raya tahun ni dahlah kurang kaw! ( sebenarnya sebab takleh balik kg sendiri), kena plak penyakit lepas raya yang menyerang satu famili. Aduh, inilah dugaan lepas raya agaknya.

Dari hari raya ketiga lagi, dia start dan mangsa pertama ialah aku sendiri, hai bertunggu tangga lah kat depan bilik air jawabnya. Dia bermula dengan rasa memulas berpusing-pusing macam orang main roller coster kat dalam perut. Selang dua minit mesti meluru masuk bilik air. Aku ni memang jenis pantang nak gi klinik makan ubat-ubat bagai, jadinya aku buat je teh kelat, minum . Ok , lepas tu .

Aku ni bolehlah tahan lagi, esoknya ank dara plak yang kena. Aduh, tercirit-cirit dia, habis kena seluar ngan cadar, tak sempat-sempat dah nak ke toilet. Dah seharian menunggu toilet, malamnye dia muntah plak, ni tak boleh jadi ni, sampai dah lesu badan dia sebab banyak hilang air. Budak-budak ni tau jelah bukan nak minum sangat benda-benda kelat ni. Abahnya pon dah risau , terus bawa gi klinik.

Lepas tu plak si Laling plak kena. Yang ni kalau sakit sikit, dia punye merengek mengalahkan anak. Jadi tukang basuh kain yang terkena najis mutawaasitah lah isteri nya. Si Laling kena sampai tiga hari, sampai kurang lah sikit dia punya ukur lilit pinggang. Dah pegi klinik lagi, makan ubat lagi, teh kelat lagi, pil chi kit lagi, sampai tak tahu yang mana satu berkesan sebenarnya. Dia maen bantai je sume.

Mangsa seterusnya si Along plak, yang ni cukup merisaukan hati mamanya, sebab lagi beberapa hari nak exam UPSR. Ya Allah, peliharah anakku ini. Dia terpaksa bercuti dua hari, hari yang ketiga dia pergi tu pun kurang sihat lagi perutnya, tapi dia pergi juga sebab nak tahu kedudukan meja time exam.

Time si Along kena, mamanya pon kena balik. Aduh, rasa nak melepek dua hari, tapi terpaksa juga gagahkan diri untuk masak dan kemas rumah sebab tak boleh nak tengok rumah bersepah. Sedih rasa hati bila si Laling cakap si isterinya saje mengada -mengada nak baring je macam orang patah pinggang. Dia tak tahu isterinya ni cirit jugak sampai demam-demam. Tu pun dalam demam cuba jugak masak benda-benda yang ringkas untuk bagi anak-anak makan. Itulah si suami, bukannya dia kena basuh kain ke, masak ke, kemas rumah ke, Dia pon duduk tak buat apa pon, tapi langsung tak nak memahami. Disebabkan kepala otak tengah berat, malas lah nak layan orang yang suka membebel ni, anggap je dia sebatang pokok pisang.

Ingatkan si bongsu tak kena la sindrom kami sume sebab dia nampak macam kebal je, last-last pagi tadi kena jugak dia. Patutla bangun tukar seluar pukul empat pagi. Lepas tu dia panjat katil mamanya. Still tak perasan sampai mamanya bangun nak sembahyang subuh pukul enam. Ingatkan dia kencing atas tilam sebab rasa macam lembap, bila kejutkan dia pergi bilik air, rupa-rupanya dia tercirit masa tidur tapi dia tak sedar. Terus mandikan dia dan tukar baju sume. Kesian plak kat dia. Tapi mama punya cadar habislah, nasib baek tak kena tilam sebab guna mattress protector, kalau tidak dia punya resap tak tahu bila nak hilang bau. Nasib baik jugak sebab si bongsu kena tak teruk, satu hari dah ok. Harap-harapnya jangan lah kena lagi.

Tak tahulah dah termakan apa masa raya hari tu sampai gini punya teruk dapat sakit. NAk kata kena kat satu rumah yang kami pergi beraya tu, si Along tak ikut, tapi dia pon teruk kena. Kesimpulannya, pada masa akan datang, kalau ada orang hidang rendang, sambal, masak lodeh pada raya ketiga, janganlah makan, dah berapa kali hangat pon tak tahu, dahtu kuman betul-betul mati ke tidak, kita tak nampak.

Ahad, 4 September 2011

Raya dulu, raya sekarang

Tertunggu-tunggu bulan puasa, dah abes puasa, sibuk sibuk buat persiapan raya, dah habis raya, sekejap je masa berlalu. Apabila umur meningkat, kemeriahan berhari raya terasa berkurangan. Kenapa ye? aku cuba listkan kenape aku rasa hari raya kurang meriah mengikut pandangan aku:

1)Zaman kanak-kanak dulu punyalah seronok sampai takleh nak tido malam sebab tak sabar nak pakai baju baru dan kasut baru. Dulu-dulu time raya ni jelah selalunya dapat berganti pakaian baru dan kasut baru. Tak kisahlah walau baju kurung tu berharga 20 hengget.

Sekarang ni nak beli baju baru atau kasut baru tak payah tunggu raya. Sale on sepanjang tahun, jadi  macam dah tak heran dengan pakaian dan kasut baru, keterujaan pon berkurangan lah jugak walaupon sekarang dah mampu beli pakaian yang mahal dan berjenama.


2)Zaman kanak-kanak ingat nak bersuka ria je, maklumlah tak de tanggungjawab nak fikir nak masak apa, nak buat persiapan macam mana, semuanya ada orang uruskan. Dalam kepala cuma fikir nak beraya ke rumah siapa je.

Sekarang ni semua nak kena fikir sendiri, nak pakai tema apa , kaler ape, nak masak ape, nak jemput siapa, nak buat open house macam mana, nak tukar langsir ke, nak tukar kerusi ke, macam-macam lah. Akhirnya persiapan punyalah kebabom, tapi bila dah raya badan pon dah keletihan.

3)Zaman kanak-kanak dulu kami bebas selama beberapa hari nak beraya dan mengutip duit raya keliling kampung. Mak bapa pon tak risau sangat sebab kami dulu kalau keluar mesti ramai-ramai, dan selalunya orang-orang kampung tu ada pertalian saudara. Hasil kutipan takde lah banyak mana pon, kalau dapat 30 hengget, kira banyak la tu.

Zaman sekarang anak-anak tak boleh dibiarkan keluar rumah sesuka hati sebab banyak sangat orang jahat kat luar. Jadi anak-anak cuma beraya ke mana mak bapa beraya, kalau takde memang tak kenal sedara la jawabnya.



Tapi apa pun aku merasa hari raya sekarang kurang meriah kerana matlamat asalnya dah terpesong. Hari yang sepatutnya menjadi hari kemaafan dan menghubungkan silaturrahim dah bertukar menjadi hari untuk bergembira kerana tak perlu lagi menahan lapar dan juga hari untuk menunjukkan fesyen masing-masing.
Anak -anak muda sekarang aku tengok cuma bersalam-salaman , lepas tu masing masing sibuk mengadap henfon jer, camana nak mengeratkan silaturrahim, dah la jumpa pon setahun sekali.

Kunjung mengunjungi juga nampak makin hambar kerana masing-masing keletihan kerana hebatnya persiapan nak menyambut raya. Akhir nya mengadap lah tv yang tak habis-habis menyiarkan artis menanyi dan berjoget menyambut raya. Typical sungguh.

Pesen raya sekarang pon macam macam sungguh, padehal baru je habis sebulan berpuasa, bulan memohon keampunan dan rahmat. Kenapa ye sekarang ni ramai orang suka pakai pesen berkemban. Malu ah . Orang dulu berkemban sebab nak mandi, orang sekarang berkemban sebab nak beraya merata riti.

Apa pon selamat hari raya sume, dalam dok sibuk beraya , open house sana sini, jangan plak sampai tersasar solatnya. Baru je bertambah sikit pahala masa bulan Ramadhan, jangan la berkurang bila dah syawal.

Rabu, 24 Ogos 2011

Santau/ guna-guna

Petang tadi sempat nonton rancangan jejak Rasul kat tv3. Tahun ni Jejak Rasul menyusuri perkembangan Islam di eropah timur khususnya di Russia.  Rancangan hari ini berkisar tentang rawatan cara Islam yang menggunakan bacaan Al-Quran dan hadis untuk menyembuhkan penyakit. Bahkan ada hospital yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk merawat orang ramai. Yang menarik para perawat semuanya adalah professional yang merupakan hafiz Quran, bahkan itu merupakan kriteria utama. Setiap bilik rawatan siap  dengan cctv lagi.

Kebanyakan pesakit yang mendapatkan rawatan pula ialah mereka yang mengalami gangguan jin atau sihir kalau kat Mesia ni kena bomoh, atau santau. Ini merupakan satu pengetahuan baru, kerana selama ni dok ingat orang Asia je yang suka main bomoh2 nih, rupa-rupanya orang eropah pon masih mengamalkan ilmu hitam ni. Bahkan di sana ada pasukan polis khas yang mencari dan menangkap mereka yang mengamalkan ilmu hitam dan sihir. Malah, pelbagai bahan rujukan  dan peralatan turut dirampas.

Kebanyakan kes sihir ni pula ialah sebab putus cinta atau cinta tak kesampaian , mahupun dengki khianat semata, so typical kan. MAklum sajalah mat-mat dan minah-minah Chechnya ni memang cun melecun. Tengok cara rawatan dia dan kesan akibat sihir tu lebih kurang macam kat Mesia je. Bezanya ialah kat sana kerajaan menyediakan pusat rawatan khas secara percuma, kat Mesia mana ada. Cuba bawak gi parlimen, kata nak buka hospital kerajaan untuk menyembuhkan penyakit SANTAU DAN SIHIR, MAU KENA GELAK RAMAI-RAMAI.

Yang bagusnya kat sana tukang massage kat hospital pon mesti hafiz dan guna ayat Al-Quran, baguskan. Mereka meletakkan pergantungan hanya kepada Allah setelah berusaha. Kat Malaysia ni bila nak ada pusat rawatan macam ni tak taulah. Yang persendirian adalah kan, tapi kalau takde pantauan, ramai yang menipu, macam Pusat rawatan Cakra Alam dulu. Alih-alih orang korea ngan mat salih yang bongkarkan penipuan mereka setelah sekian lama beroperasi.

Tapi , baru baru ni kerajaan Malaysia meluluskan undang-undang yang membolehkan pendakwaan dilakukan kepada mereka yang mengamalkan ilmu hitam dan sihir. Sama-sama kita tunggu dan tengok , siapa yang akan menjadi orang pertama didakwa di bawah undang-undang tersebut.









Selasa, 23 Ogos 2011

Cheese Arabia

Dalam orang dok kecoh-kecoh pasal mentega tak halal kat pasaran Malaysia, semalam tetiba plak toke dobi bagi sekotak cheese yang diimport.



gini rupe kotaknya

gini rupe isinya

naseb baek Arabia mari, jadi takde lah rasa was-was sangat. Rasenya ok-ok lah kot. Heroin mula-mula ingat gula-gula ke hapa, dimakannya gitu aje, tapi tak abis pon satu wrapper tu. Last-last along yang makan ngan roti waktu berbuka.

apa nak jadi bapa zaman sekarang

Hari ni 22hb Ogos 2011, tak gi terawih lagi sebab che mat keje malam. Habis je berbuka dan solat Maghrib terdengar kat dalam berita tv9 dua kisah yang amat sadis dan boleh dijadikan pengajaran.


Berita pertama mengenai seorang bapa yang sanggup menolak tiga orang anak yang masih kecil ke dalam sebuah kolam dengan niat untuk membunuh. Mayat ketiga beradik itu ditemui kemudiannya dan punca kematian adalah lemas. Bapanya kemudian ditangkap dan dikatakan cuba membunuh diri dengan meminum racun tetapi terselamat.

Berita kedua mengenai seorang bapa yang cuba mengelar anaknya yang masih kecil lantaran bergaduh dengan isteri. Nasib baik polis kebetulan lalu dan sempat menyelamatkan kanak-kanak berkenaan. Kejadian tersebut menyebabkan anak-anak menjadi trauma. Si bapa kemudian ditangkap dan didapati positif dadah.

Apalah nak jadi dunia zaman sekarang ni, ramai betul manusia menghadapi penyakit mental sampai sanggup amembunuh anak sendiri. Inilah akibatnya kalau takde iman dan terlalu mengikut nafsu. Bulan-bulan pose ni masih jugak perangai mengalahkan setan. Maka jadilah manusia lebih keji daripada setan kerana melanggar banyak perintah Allah, sedangkan dosa setan ialah takmo tunduk kepada Adam.

Sebagai seorang ibu , saya boleh membayangkan bagaimana seksanya anak- anak tersebut meninggal dengan cara sedemikian rupa. Tidak ada manusia yang waras sanggup memperlakukan anak-anak seperti setan dua ekor nih. Langsung tidak menghargai anugerah Allah yang amat istimewa.

Sedang orang lain yang tidak ada anak berusaha siang malam dengan bermacam cara untuk merasai nikmat menjadi ibubapa. Sedang orang lain sanggup berdepan dengan segala kesusahan demi memastikan anak-anak terus hidup. Bagaimana ibu bapa di Somalia sekarang sanggup mengorbankan nyawa sendiri kalau mereka boleh berbuat demikian demi anak, tapi perkara yang berlaku di tanah air sendiri dah jadi terbalik. Segala tekanan , kemarahan , dilemparkan pada anak-anak yang masih amat kecil untuk memahami.

Hukuman di dunia ini tidak layak untuk manusia spesis begini melainkan Allah sahaja yang layak menghukum mereka. Hati ini merasa sangat sedih, sangat marah dan seperti turut merasa apa yang dialami anak-anak kecil tersebut. Semoga roh anak-anak yang meninggal berada ditempat yang lebih baik dan aman di sana. Amin.

Memikirkan masa depan si puteri, doa seorang ibu biarlah dia mendapat jodoh seorang lelaki yang tinggi ilmu agamanya dan tebal imannya, yang mencintai Allah melebihi segalanya. Hanya iman dan taqwa sahaja lah yang dapat memberikan kebahagiaan dan ketenteraman.

Alahai mentega

Dah jenuh bertahun-tahun orang Islam makan mentega tu , tau-tau rupenye ada dna babi la plak. Inilah jadi kalau pihak berwajip kurang teliti dalam pengawasan mereka terhadap produk yang halal dan tidak, akhirnya yang jadi mangsa adalah pengguna. Yang heran tu dah sekian lama mentega tu ada dalam pasaran baru sekarang kah di uji. Macam mana pula dengan produk-produk lain yang berada dalam pasaran tapi belum diuji, banyak yang meragukan jugakah.

Lepas dah keluarkan kenyataan yang mentega tu haram sebab ada dna babi, lepas tu ada lagi kenyataan yang mengatakan mentega yang tidak halal tu adlah dalam tin punya, bukan mentega ketul. Apa plak bezanya? Bukan dari pengilang dan pembuat samakah? Hai, pening-pening. Tak pasal-pasal toke buat kek kena samak semua barang. Kalau yang tak samak tu alamat menjawab le kat 'sana' besok.

Tapi, dah jadi macam ni ada lagi ke orang teringin nak makan kek lapis sarawak. Patut le sedap teramat, ada barang larangan rupenyer, dah mendarah daging dah kat badan orang Islam. Apa la naseb. Teringat pada seseorang yang dah jadi arwah, suke benor dia makan mentega ni.





Ada beza ke?

Isnin, 22 Ogos 2011

sulam riben dan sulam bunga

Sebelum ni aku dah upload gambar hasil kekerasan tangan dengan menjahit labuci dan manik pada baju sendiri. Bolehlah kan untuk beginner cam aku ni. Kali ni aku nak upload plak gambar sulam riben hasil tangan aku jugak yang dah lama aku buat. Itu adalah hasil pertama aku setelah melihat beberapa gambar kat pakcik google. Sarung kusyen sepatutnya plain , barulah hasilnya cantek, tapi sebab tak nak membazir duit dengan hasil yang belom tentu , aku guna je apa yang ada kat rumah. Dan jadilah hasilnya seperti ini;







Jadi dapeklah sepasang sarung kusyen yang berbunga reben seperti di atas.

Ni plak hasil kerastangan aku menyulam bunga kat tudung ipar aku. Tudung dia ni besar sikit , pastu dia mintak la aku sulamkan bunga sikit nak bagi nampak glemer raye nanti katenye.




Kalau tengok yang real lagi elok kot


Yang ni plk hasil sulam manik baju raya kedua. Mak aih sampai dua pasang baju raya. Time entry ni baju hero dua orang tu satu apa pon tak beli lagi. Anyway, ini bajunya.







Yang ni macam tunggang langgang sikitlah

Malu jer nak tunjuk hasil yang tak semengah tu. Aku tau aku tau , tak cantek mane pon, tapi oklah aku puas hati lah sebab ini hasil tangan aku sendiri yang tak pro langsung. Raya ni kita bermanik yew.

Ahad, 14 Ogos 2011

keras juga tangan aku neyh

Aku pernah buat entry yang aku tengah memanikkan baju raya aku. Dah siap dah pon dan inilah hasilnya orang yang tak pernah belajar pon atau ambik kursus apa-apa dalam bidang permanikan nih. Untuk amatur macam aku kira bole lah.






Aku nak tunjuk hasil keras tangan yang dah agak lama aku buat.

pouch isi duit raye


Sekarang ni tengah siapkan sulaman tudung adik ipar. Nanti dah siap aku buat entry.

Khamis, 11 Ogos 2011

budak nakal kat sekolah

Zaman sekarang ni tak taulah nak panggil bebudak ni nakal ke jahat. Kalau dulu budak nakal ni cuma suka mengenakan orang tapi takdelah menyusahkan orang lain. Budak jahat pula ialah budak2 yang suka menganiaya dan mendajalkan orang lain. Zaman sekarang ni tak boleh nak beza dah . Kecik2 lagi dah pandai menyusahkan orang dan pandai menipu plak tu.

Al-kisahnya hari Isnin lepas sibongsu balik kerumah mengadu buku latihan dia kena koyak empat mukasurat. Patut lah dia cari tak jumpa. Bila pergi sekolah hari tu dia jumpa buku tu kat dalam laci budak lain dengan mukasurat yang dah terkoyak. Bila ditanya sape yang koyak tak mengaku tapi buku tu ada dalam laci dia, macammana tu. Esoknya,  si ayah pegi kesekolah dan tanya budak tu betul ke dia yang sorok dan koyakkan buku tu, tetap dia tak mengaku. Kami ni berbelah bahagi nak lapor pada guru besar atau tidak memandangkan sebelum ini pon buku BM si bongsu pernah dikoyakkan tiga mukasurat, bila kami adukan pada guru kelas, takde sape mengaku, dan tidak ada juga tindakan susulan selepas tu.





nampak tak empat mukasurat yang koyak tu

Kadang kadang kita sebagai ibubapa ni bukan nak berkira sangat, sikit hal pon na mengadu ngan cikgu. TApi, lebih baik lah kami mengadu ngan cikgu semasa benda ni masih kecil, takkan nak tunggu benda besar berlaku , baru cikgu pon nak ambik perhatian.   Cikgu tak tahu benda benda kecil macam ni boleh membuatkan anak ank tak nak kesekolah takut dimarahi cikgu.

Tu lah dia budak2 sekarang, kecik2 dah pandai menyusahkan orang, pandai berbohong lagi.

sajian buka puasa

Hari ni buka puasa ngan kuih je. Mr. hubby beli kat pasar ramadhan. Dia kalau pegi pasar, air je tiga bungkus dibelinya, air cendol, air jagung, lagi satu tatau air ape, macam asam boi campur teh bunga pon ada.
Hari ni ada laksam, nasi beriani, karipap, popia, kuih gula melaka, roti jala, roti john, kuih hijau tu ape namenye, tetiba lupa, padehal fevret tu. Tak terlupa mesti lah ada kurma. 




Setakat ni along berpuasa penuh, si heroin je dah tinggal dua hari. Satu hari sebab tak bangun sahur, satu hari lagi sebab dia terkorek hidung yang gatal. Beria-ia dia cakap dah korek hidung, tak tahulah dia sengaja trik tak nak pose.

Rabu, 3 Ogos 2011

sukanye nak raya

Hari ni dah masuk hari ketiga puasa. Puasa berjalan dengan lancar dan sempurna walaupon ala kadar. Hero no.2 je tak tahan lapar. Dia serba salah sangat nak puasa. Perut lapar tapi kalau tak puasa nanti tak dapat extra money dari nenek. Dia siap pesan jangan bagitau nenek dia tak puasa. Tapi mama pesan kalau menipu berdosa. Dia mengalah tapi mengeluh jugak.

Along takde masalah, si heroin juga takde masalah tapi dibantainya tidur sampai dah nak masuk waktu berbuka. Keletihan dan kelaparan. Dah pergi terawih tapi nampaknya tak dapat nak pergi tiap-tiap hari sebab si bongsu cepat mengantuk.

Persiapan raya tahun ni simple je sebab tak boleh raya sakan. Baju kurung dah siap, cuma baju melayu je yangbelum beli lagi, tapi tak kesahlah. Tahun ni rasanya kuih raya pon tak banyak memandangkan along nak ambik periksa Upsr sebaik habis raya.

Sesambil tu mamanya sempat lagi menambahkan labuci dan manik kat baju kurung, semangat betul nak raya nampak. Takde lah semangat manapon sebenarnya, saje nak mentry skill yang dah berkarat. Belum siap sepenuhnya , tapi in the making.







Isnin, 1 Ogos 2011

jom kurangkan dosa tambah pahala


Dah masuk bulan pose ni jom lah kita tingkatkan sedikit amalan seharian supaya pahala pon bertambah lagi. Tinggalkan perkara-perkara yang melaghakan dan membuang masa. Dok buat kerja tu ,berzikirlah. Kat opis boleh, yang kerja sendiri boleh, suri rumah pon boleh. Pada anak-anak muda t tak payahlah dok tengok atau donlod Ladi Gaga kat youtube tu. Gantikan lagu-lagu pop ke aper ke dengan nasyid-nasyid yang mengingatkan kepada Pencipta.

Kepada mereka yang sebok bershopping nak menyambut raya tu berpada-padalah. Pose baru sehari, persiapan raya plak sebolan. Jangan dikejarkan sangat sale-sale kat shopping mall tu. Jangan nak mengejar raya, ibadah puasa tah ke mana. Ye lah nak membelek barang kat shopping mall tu memerlukan skill yang bukan sebarangan, nak berebut ngan orang ramai, pas tu nak beratur kat cashier tu memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Keluar pagi ,balik petang, perati kan jugak solatnya jangan sampai terqada' kerana shopping.



syok sungguh shopping. Dah solat ke belom


Jangan diturutkan sangat hawa nafsu. Zaman sekarang ni lelaki dengan perempuan nafsunya sama hebat. Ingat balik apa tujuannya kita disuruh  berpuasa, iaitulah untuk menahan segala jenis nafsu, bukan untuk menahan nafsu makan minum semata.

Kepada golongan peniaga pula inilah masanya untuk mengaut keuntungan berganda. Kerja sebulan untung setahun. Dalam dok ghairah nak untung tu jabgan lah pula sampai menipu pelanggan atau berlaku curang kepada pembeli dengan menjual barang-barang yang tidak elok. Perhatikan jugak ibadat. Sesambil melayan pembeli, hati tu sentiasa lah ingatkan Allah. Dalam kesibukan berurusniaga jangan pula sampai meninggalkan solat. Untung kat dunia ni sementara , untung kat akhirat tu yang berkekalan.
Jangan sampai Allah memberi peringatan seperti ini, baru nak beringat.


ribut melanda bazar ramadhan di Melaka

Walau apa yang kita buat dan di mana kita berada sekalipon , sentiasa lah mengingati kewajipan kita semua.






Ahad, 31 Julai 2011

Jom solat berjemaah

Dah masuk bulan puasa ni, masjid-masjid dan surau penuh lah sikit. Apalagi awal-awal ramadhan ni. Sape-sape yang jarang jejak surau tu time ni lah nak kenal-kenal yang mana imam dan bilal masjid.
Sempena bulan yang mulia ni apakate kita berkongsi ilmu sikit bila nak berjemaah kat surau dan masjid. Selain menjaga adab dan susila kat masjid mari kita renung-renungkan bagaimana kualiti solat jamaah kita dan apa kesilapan-kesilapan yang sering kita lakukan samaada sedar atau tidak. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


1)Wuduk. 
Ambillah wuduk dengan sempurna. Ratakan ke seluruh anggota dan jangan sambil lewa. Jangan sesekali membazirkan air dengan menggunakan air yang terlalu banyak. Saidina Umar al-Khattab sendiri amat cermat menggunakan air untuk berwuduk walaupun ketika itu sumber air yang digunakan adalah dari sebatang sungai. Saya pernah menonton satu rancangan bual bicara yang mana ustaz dalam rancangan tersebut mengatakan untuk mendapatkan wuduk yang sempurna cukup dengan sekadar satu botol air mineral kecil sahaja. Saya sendiri tidaklah pernah mempraktikkan sedemikian tetapi apa yang cuba disampaikan adalah supaya mengelakkan pembaziran.
Semasa berwuduk itu sendiri kita sepatutnya dalam keadaan berserah diri dan mengingati Allah, Ini bertujuan mendapatkan kekhusyukan semasa solat. Dalam beberapa riwayat ada menceritakan bahawa sahabat-sahabat yang rapat dengan Rasulullah pengsan sebaik habis berwuduk kerana perasaan gerun mereka yang akan mengadap Allah senbentar lagi .Kita sendiri bagaimana?

2) Menutup aurat
Jangan memakai pakaian nipis dan jarang hingga menampakkan kulit yang wajib ditutupi semasa solat. Kepada jemaah wanita perhatikan telekung anda. Walaupon sarat bersulam kerawang pastikan material yang digunakan tidak menampakkan kulit kerana ada sesetengah wanita memakai t-shirt sahaja di sebelah dalam, pastikan kain yang digunakan tidak terlalu nipis.
Kalau lelaki, jangan memakai seluar ketat yang menampakkan bentuk kaki kerana ketatnya. Kalau dirumah biasa berpagoda, jangan lah terbawa-bawa ke masjid. Begitu juga jangan memakai t-shirt dengan tulisan- tulisan yang bisa merentap jiwa atau yang akan menganggu jemaah lain.
Lagi satu, berpada-padalah apabila menyapu minyak atar. Kadangkala kembang kempis hidung orang kat sebelah menahan bau yang terlalu kuat. Ini juga akan mengganggu orang lain .

3)Samakan dan rapatkan saf.
Nabi sangat mengambil berat perkara ini kerana jika saf tidak dibetulkan maka Allah akan menselisihkan hati mereka. Betulkan tumit kaki dan rapatkan bahu antara satu sama lain. Elakkan menggunakan sejadah sendiri kerana masing-masing akan berjauhan. Pengalaman saya sendiri yang pernah berterawih tetapi jemaahnya menggunakan sejadah masing-masing walaupon imam telah mengingatkan supaya merapatkan saf. 

4)Carilah khusyuk
Cara yang paling mudah untuk khusyuk ialah dengan memerhatikan bacaan dalam solat, kemudian perhatikan maknanya ,dan yang ketiga, sertakan hati kita bersama bacaan Takutlah sekiranya bacaan berupa ancaman azab dan neraka dan bergembiralah dengan janji kebaikan dan syurga. Tak perlulah sampai tersengih-tersengih, inikan tengah solat, cukuplah dengan merasa lapang hati.
5)Tamakninah
iaitulah berhenti sebentar ketika rukuk, iktidal, rukuk, dan duduk antara dua sujud. Jangan memandang ringan perkara ini kerana salah satu rukun solat.

6)Ikut imam
Bila kita menjadi makmun, maka begitulah hingga akhir solat. Maksudnya, niat kita juga sebagai makmun  maka perhatikan gerakan kita agar tidak mendahului imam atau seolah-olah nak berlumba dengan imam siapa lagi cepat. Dahi imam belumpun mencecah sejadah, kita dah sampai dulu.

7)Telefon oh telefon
Zaman komunikasi ni susah betul orang nak berpisah dengan telefon, hatta nak bersolat pon dibawa telefon dan diletakkan atas sejadah. Lepastu di mutekan bukan di offkan. Selang antara solat terawih tu ,tangan pantang aje menekan-nekan key. Tengah solat tu pon boleh main sms. Sebok benar mengalahkan perdana menteri. Tolong lah hormati orang lain yang nak beribadah. Urusan dunia tu ketepikan lah sebentar.

8)Anak kecil
Kepada ibubapa yang punya anak kecil tolong lah beri perhatian kepada anak anda. Semua orang faham ank-anak perlu dilatih semenjak kecil, tetapi kalau anak-anak yang berumur 3-4 tahun yang memang tak boleh duduk diam dan nyaring suaranya, tak perlu rasanya nak dibawa berjemaah. Kata seorang ustaz kita ni bukan nak khusyuk senyap macam orang mati tapi kalau anak -anak yang duduk di kalangan jemaah tu menjerit dan bermain cak-cak masa imam tengah baca surah dan orang tengah khusyuk, boleh dapat heart attack makcik-pakcik yang dah berumur.






Dan jangan juga sekali-kali solat macam ni walaupon bukan berjemaah




sahur bersama

Hari ni first day sahur dan first day puasa. Anak-anak juga turut bersemangat nak puasa. Bila dikejutkan bangun sahur, semua senang je nak bangun, kalau hari sekolah selalunya kemain susah nak bangun. Anyway , nilah menu sahur hari pertama kami.


rendang daging



ayam masak merah




paru goreng


ini lah hidangan sahur kami
 Ketiga-tiga beradik pon solat subuh hari ni ,walaupon si hero no.2 terlupa camana nak baca niat solat subuh, dan si heroin terlupa bila nak baca doa qunut. Ya Allah berkatilah ramadhan kami kali ini dan peliharalah jiwa anak-anak kami.

Sabtu, 30 Julai 2011

Rancanganku di hujung minggu...... menjelang Ramadhan



Hari ni nak join cik lulu comel plak la. Dok mengklik blog-blog kat alam maya ni teringat ngan cik lulu. Nak buat entry pasai rancangan hujung minggu . Hari ni nak gi pasar nak cari lauk basah dan bahan-bahan nak buat rendang. Darling nak makan rendang ngan nasi impit ngan rendang .Hari ni kan kan last day boleh makan siang sebelum puasa. Tapi tukang masak nye bukan isteri tercinta tapi emak tercinta ha ha.

Nak buat camana rendang air tangan mak dia jugak yang terbest. Takpe, hari ni kita jadi tukang perati ngan tukang makan je. Tapi kena jugak masak ni. Nak masak ayam masak merah. So malam nanti boleh sahur makan ayam masak merah ngan rendang . OKla tu. Nanti dah siap rendang nyer bole buat entry lagi. Nak siap gi rumah mertua ni, nak kena tolong masak.

Nak jadi menantu yang baik kena rajin ambik ati mertua. Nak jadi isteri yang baik kena jaga perut darling. Sebab rajin jaga la perut darling terlebih ukur lilit, hahahah.

 Sesape nak join cik lulu bole klik cini


Jom puasa

Dah nak stat puasa dah. Bermula besok bermulalah bulan yang penuh keampunan, kerahmatan dan keberkatan. puasa  Harapnya tahun ni ibadat puasa dan lain-lainnya akn  bertambah baik dan bertambah berkat dibanding tahun lepas-lepas.

Hero no.1 memang dah stat puasa penuh sejak tahun satu lagi. Heroin tu tak tahu lagi camana tahun ni, dia nak puasa ke taknak, hero no.2 pon tak tahu lagi nak puasa ke tak nak, dia kata nak fikir dulu. Nak fikir dulu? Tapi si ibu dah warning awal-awal, kalau nak puasa mesti solat pon penuh, kalau tak nak solat baik tak payah pose.

Azam tahun ni si ibu nak khatamkan Quran dalam bulan puasa ni, Insya-Allah. Akktiviti menonton tv dan bermain game anak-anak juga akan dikurangkan, apalagi si hero no.1 tu akan periksa Upsr seminggu je lepas raya. Minta doa banyak-banyak nanti untuk kejayaan anak-anak.

Cuma sayangnya tahun ni tak dapat nak berterawih kat surau sebab surau kat tempat baru ni jauh sikit. Kat tempat lama dulu pegi jalan kaki 10 minit je dah sampai. Ya Allah doaku semoga terhapus segala dosa-dosaku sepanjang Ramadhan nanti. Tahun depan belum tentu akan berjumpa dengan ramadhan lagi, jadi tahun ini mesti beribadat dengan seikhlas hati dan mengharapkan keampunan dan keredhaan daripada yang Maha Esa.

Segmen Ben Ashaari

Hari ni master ben buat segmen. So, ai yang baru belajar berblog ni nak try lah. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Harapnya jangan tenggelam.
Master Ben suruh letak gambar terbaik, yang ni boleh la kot. Ni gambar ambik masa floria kat Putrajaya hari tu. Nama ai same ngan  bunga ni. Bolelah.




Nak join segmen ni ,klik SINI







Khamis, 28 Julai 2011

Siang tadi nonton cerita tentang Khalid al-WALID, pejuang tentera Islam yang sangat gagah berani dan bijak. Dia tidak pernah di dalam peperangan menentang kerajaan kristian Byzantine dan Persia yang mempunyai bala tentera yang jauh lebih besar. Menyaksikan kegagahan, kebijaksanaan dan keberanian beliau benar-benar membuka minda tenteng ketulusan dan keikhlasan para sahabat berjuang menegakkan kalimah Allah.Dengan keberanian dan keyakinan mereka pada pertolongan Allah itulah yang menyebarkan Islam ke serata dunia. Dengan jumlah tentera yang kecil dan umat yang terpencil ketika itu mereka telah berjaya mengembangkan Islam ke seluruh alam.

Di manakah Khalid alWalid pada zaman ini. Adakah Salahudin al-Ayyubi yang baru yang berani membebaskan Palestin daripada penjajahan zionis.. Di manakah tentera yang punya keperibadian seperti tentera Muhammad al-Fateh semasa menawan Constantinople.Adakah anak-anak muda yang berani merentasi lautan atau selat Inggeris  untuk menyebarkan Islam bukan untuk mendapat nama dan gelaran.


Bila tengok citer-cietr macam ni timbul keinsafan sekejap.Pastu cuba nak bandingkan orang zaman dulu ngan anak muda zaman sekarang ni. Macam mana nak bebaskan Palestin kalau nak bebaskan diri dari rokok dan dadah pon susah. Macam mana nak sebarkan Islam kalau baca Quran pon tak pandai. Nak cari buku-buku hadis tu memang susah lah sebab lebih ramai lagi yang suka baca MANGGA ngan URTV. Camana naksebarkan Islam kalau bibir lebih senang menyanyi lagu-lagu pop daripada berzikir. Camana nak sebarkan Islam kalau nama ulamak dan sahabat pon tak tahu, tapi lebih banyak tahu tentang gossip panas artis, artis suka makan apa, dating ngan sape, artis mana kawn, artis mane cerai.

Usah kata nak membebaskan Palestin , tu yang tak semayang Jumaat dan bersepah muka kat shopping kompleks. Kalau jumpa jenis yang bersidai takde tujuan tu, chop terus muka tu takleh wat menantu. Kalau yang belom kawen tu , kalau keluar dating, cuba peratikan boifren tu jenis semayang ke tidak, kalau tak semayang ucapkan babai je. memang jenis tak leh wat keturunan. Kalau bawak kereta Ferrari pon, kalau tak sembahyang apa gunanya. Harta tak boleh membeli syurga.

Itu baru bab sembahyang ,belum disuruh mengaji bertarannum. Kalu tak dapat tarannum ,dapat yang tajwid betul pon oklah. Kalau mengaji pon tak tau camana?

Bila menengok orang muda zaman sekarang ni, susah hati betol. Tengok masjid yang dua saf tiap kali azan tu cukuplah. Langsung tak menarik minat dan keinginan mereka nak gi masjid kalau dengar azan. Itu kalau dengar, kalau yang duduk dalam shopping kompleks bila masa nak dengar azan. Yahudi tidak takut dengan bilangan umat Islam yang ramai. Selagi masjid-masjid tidak dipenuhi jemaah pada waktu subuh seperti solat Jumaat selagi itu yahudi tidak akan gentar dengan umat Islam.



Alangkah indahnya kalau dapat melihat pemandangan sebegini di mana-mana.

Rabu, 27 Julai 2011

islamophobia

Selama ni media begitu cepat melatah dengan menuduh orang Islam sebagai pengganas sekiranya ada kejadian keganasan berlaku. Segala suratkhabar dan media akan meletakkannya sebagai berita utama selama berhari-hari, berbagai laporan dan wawancara akan dibuat dan diada-diadakan untuk mberbincang kononnya Islam itu ganas.

Dalam kejadian pengeboman di Oslo dan tembakan  rambang ke atas remaja di pulau Utoya, Norway, tidak banyak media yang melaporkannya sebagai berita utama kecuali di Norway sendiri. Usah kata negara barat yang anti Islam, surat khabar kat Malaysia ni pon tidak menyiarkannya sebagai berita utama. Itupon dalam laporan awal ada yang menuduh puak jihad Islam, namun apabila si pengganas sendiri mengaku, perkara tersebut di tarik balik,

Nampak sangat bias nya pihak media apabila si pengganas adalah seorang ektsrimis Kristian. Kalaulah kejadian ini melibatkan orang Islam sebagai pengganas, sudah pasti kesatuan Eropah tak duduk diam dan cepat saje ambik keputusan nak berperang dengan mana-mana pihak yang disyaki terbabit.

Malah tuduhan ke atas si Anders Behring Breivik akan ditukar daripada "DAKWAAN BERKAITAN KEGANASAN" kepada "JENAYAH MENENTANG KEMANUSIAAN". Walaupon hukuman yang akan dikenakan lebih berat jika sabit kesalahan namun orang barat tetap tak mo guna perkataan  pengganas tu walaupon berlaku dkalangan orang-orang mereka sendiri.

Kalau keganasan dilakukan oleh orang Islam, macam -macam kutukan akan keluar kat internet melalui, blog youtube, dan sebagainya sampaikan mereka ni sanggup hina Nabi Muhammad s.a.w. dengan macam-macam kecaman. Merka akan mengaitkan aktiviti keganasan ni dengan ajaran nabi Muhammad. Sekarang ni cuba tengok apa reaksi mereka, terlopong ternganga sume in disbelief.

Yang pelik dan bodohnya si Anders ni ialah dia menbenci Islam dan tidak mahu Islam tersebar di Eropah, kononnya dia pejuang salib, tapi yang k.o. dalam keganasan tu sumenye bukan Islam. Kebanyakan adalah remaja Kristian yang menyokong persamaan hak untuk semua manusia.

 Pengganas Islam melakukan kesalahan kerana mereka telah ditindas dalam berbagai cara dan dalam waktu yang begitu lama, seperti di Iraq, Afghanistan, Palestin,Chechnya. Dalam kes kejadian keganasan sebuah sekolah di Beslan dan di sebuah teater di Russia, yang terlibat adlah puak pemisah Cechen, tetapi yamg membunuh kebanyakan mangsa adalah pihak berkuasa Russia sendiri. Mereka sanggup membunuh berpuluh rakyat sendiri demi untuk membunuh beberapa orang pejuang Cechen. Very stupid and foolish . Sebab pejuang Cechen bertindak demikian adalah kerana rakyat Cechnya tidak dibenarkan keluar dari kesatuaan Russia yang kapir. Mereka tlh ditindas dan pejuang cuma mahukan Presiden Russia agar membawa keluar tentera dari kawasan Cechnya.Tetapi pengganas Kristian seperti Anders Behring Breivik, Timothy McVeigh, apa alasan mereka? Mereka mengganas untuk apa?

Ahad, 24 Julai 2011

gaya muslimah melentik

Baru habis menonton rancangan Safiyya di tv9 tadi, terus rasa nak mencontengkan pandangan sendiri kat sini. Dalam salah satu segmen tu ada ditunjukkan tentang pompuan yang ala-ala model muslimah gitu. Ditunjukkan camana dorang belajar memekapkan diri dorang sendiri, cara berjalan cam ayam dan itik, cara melentik dan menggimnastikkan diri. Pastu ada bual bicara dengan sorang model muslimah yang dah terkenal ni. Aku  kenal dia ni sebab selalu beli majalah Nur.

Maka berceritalah dia tentang minat dia dalam bidang modeling ni. Katanya memang minat dia sejak kecil. Yang tu okelah. Tapi bila dia cakap camni lebih kurang bunyinya,

"memang saya tahu mencantikkan diri dan mempamerkan kecantikan kepada orang lain tu tak boleh, tapi kalau kita mempamerkan diri kepada sesama perempuan muslimah tu boleh. Tapi untuk perempuan muslimah sahaja lah tidak boleh bercampur antara lelaki dan permpuan. Tapi saya pon tak boleh nak cakap tentang ni, biar orang yang lebih tahu tentang ni je yang cakap".

Dia nampak macam serba salah nak cakap mungkin sebab mekap yang dia pakai tu setebal tembok besar cina ataupon sebab jurukamera yang memfotografi mereka tu lelaki. Jadi, rasanya memang mereka tidak mengikut syariah pon apabila mereka bermekap berlebihan untuk menonjolkan kecantikan dan menjadi tontonan lelaki dan perempuan. Suasana kerja  jelas menunjukkan yang berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan . Gaya yang ditonjolkan juga banyak yang tidak sesuai dengan perwatakan seorang wanita muslimah.

Mekap terlalu tebal,pakaian terlalu sendat, tudung yang terlalu pendek, lengguk badan yang meliuk lintuk pelbagai gaya langsung tidak menampakkan kemuslimahan mereka melainkan mereka menutup rambut, itu sahaja. Inilah gaya-gaya yang akan menjadi ikutan anak-anak muda. Roh seorang muslimah langsung tidak terpancar.

Kalau mengikut pandangan aku yang tak berapa pandai ni, takde bezanya model muslimah ni dengan model mat saleh bertudung kat IIFF anjuran Dato' Shah Reza tu. Bezanya cuma dorang tu memang jahil dan takde aturan agama. Cuba bandingkan.

Benda-benda macam ni tak payah lah sampai "orang yang lebih tahu" kena bercakap. Ini aturan asas yang semua orang dah tahu, antara nak ikut atau nak engkar je.

Sesape ada idea lagi bernas, share-share kan

Msg memang merbahaya

Memang susah nak jaga makan minum  keluarga. Segalanya mesti berkhasiat, baik, yang mereka suka. Pernah dengar kan iklan ni. Sebenarnya kalau difikirkan ada benarnya pernyataan tersebut. Orang kalau nak makan mestilah nak makan bende yang sedap-sedap saje. Jarang orang nak makan kalau dah tau makanan tu tak sedap.

Sebagai isteri dan ibu, masakan memang penting dalam sebuah rumahtangga. Makan adalah suatu kemestian. Manusia makan untuk hidup kan walaupon ada sesetengah manusia yang hidup untuk makan. Kali ni saya nak menulis dilema tentang makanan yang dimakan oleh ahli keluarga kita setiap hari.

Siapa yang tak pernah guna msg ni. Msg atau penambah perisa yang dijual dalam pelbagai nama dan jenis ni berlambak-lambak dijual dan menjadi ramuan wajib dalam setiap masakan. Rasanya ramai yang dah tahu juga tentang keburukan benda alah ni. Msg banyak dikaitkan dengan obesiti, menyebabkan sakit kepala, dan banyak lagi masalah kesihatan yang lain. Kita tak payahlah nak cerita apa komposisi kimia bagai yang membuatkan makann jadi sedap, tapi apa kesannya kepada orang yang menggunakan msg.

Msg banyak digunakan untuk menyedapkan masakan dan yang paling banyak menggunakan bahan ni ialah industri makanan segera. Teorinya simple jer, KALAU SEDAP ORANG AKAN MAKAN SELALU.
Kalau masak sendiri di rumah, kita boleh la agak banyak mana nak taruk benda ni dalam masakan, tapi kalau makan di restoran atau makan makanan segera, mana kita tahu berapa banyak diaorang taruk kat dalam tu.
Orang kalau dah makan benda sedap dia nak makan selalu dan dia nak makan banyak. Dah makan banyak bukan reti nak bersenam ke, buat aktiviti yang keluarkan peluh ke. Lepas tu badan jadi gemuk pastu banyak la masalah kesihatan yang menjenguk. Itu je sebenarnya cara paling mudah nak menerangkan kepada orang yang tak reti teori-teori sains macam saya nih.

Kat rumah saya sendiri dah lama tak ada benda msg nih, dah tak berani nak guna lepas selalu dapat migrain. Sebenarnya kita lah yang kena membiasakan lidah. Bukannya makanan yang kita masak tu tak sedap, tapi sebab lidah tu dah terbiasa ngan msg, tu yang jadi ketagih. Kalau daripada kecik anak-anak dah biasa dengan masakan emaknya, tak guna msg pon tak jadi hal. Kita lah yang patut lebih tahu apa sebenarnya elok untuk mereka.

Ok, kalau masak kat rumah memang tak jadi hal, tapi macam mana plak kalau makan kat luar. Tak kesahlah  sekali-sekala dihujung minggu atau bagi ibubapa yang bekerja, yang takde orang gaji, yang jarang masak kat rumah. Macam mana kita nak tahu tokey kedai guna msg atau tidak. Kalau saya senang je, tanyakan terus pada tukang masak atau waiternya, tak tanya tak tau, ye dak. Kalau keluar bawa anak-anak tu cuba elakkan makan makanan segera, tapi tahu  jelah anak-anak, memang susah kalau nak suruh makan benda yang elok dan berkhasiat. Cara yang paling baik ialah MAKAN DULU KAT RUMAH, PASTU BARU KELUAR.

Orang zaman dulu-dulu takde nya guna Msg ni,  pastu makan ulam-ulam, benda yang tak perlu masak dan semulajadi ,sebab tu dia orang makan sekadar isi perut je, lepas tu keluar ke padang buat kerja yang mengeluarkan peluh. Dengan cara tu toksik dalam badan terus keluar, takde nak simpan-simpan. Orang sekarang nak makan mesti mau sedap, dah sedap mesti nak lebih. Lepas makan dok dalam ofis yang beraircond, asyik overtime bila nak bersenam, pastu makan empat kali sehari. empat hari kemudian baru nak buang sebab sistem badan dah tak betul, tu yang toksik bertakung dalam badan.

Kesimpulan, cara makan yang betul ialah dengan mengikuti cara dan adab makan Nabi Muhammad s.a.w. Isikan perut dengan 1/3 makanan, 1/3 air, 1/3 udara. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Sehabis makan tu jilat setiap hujung jari sebab kat situ ada enzim yang boleh membantu penghadaman. Kalau nak lagi bagus amalkan puasa setiap Isnin ngan Khamis.

Kalau ada sesape yang tahu mana-mana restoran yang tak guna Msg dalam masakan, sila share.

Sabtu, 23 Julai 2011

Kelebihan seorang isteri dan ibu

 Hari ini si suami pergi kursus ESQ kat hotel Flamingo. Si hero no. 1 plak menghadiri tutor untuk budak budak UPSR kat Bangsar. Tinggallah si ibu bersama dua orang lagi si anak kat rumah.

Hari ni masak simple je sebab tak ramai. Pinggang pon sakit lagi ni. Sebelum ni dua belah pon sakit, hari ni belah kanan je sakit, tapi nak pusing teramat susah. Semalam si suami sampai kat rumah dekat pukul sebelas, jadi memang tak dinner kat rumah la tu.

Hari ni buat ape ye;
basuh kain, jemur kain, lipat kain, iron baju anak2 dan si suami
masak
ajar anak-anak mengaji
cuci bilik air
potong kuku anak2

Does not look like very important job or such a mega thing, tapi I'm proud and hati berbunga bahagia melakukannya. Biarpon pada pandangan orang lain it's just ordinary and petty little things to do, tapi aku tak peduli kerana yang penting apa yang aku buat itu  kebahagiaan kami sekeluarga. Yang lebih penting lagi ialah aku lebih peduli tentang pandangan Allah atas setiap perkara yang aku buat.
Semoga setiap perkara kecil yang aku lakukan dapat menjauhkan aku setapak dari api neraka dan mendekatkan aku setapak ke syurga.

Antara kelebihan seorang isteri yang menjaga anak-anak, mencuci pakaian mereka, memandikan mereka, meminyak dan menyikatkan rambut mereka, Allah  akan mencatitkan perbuatan baik sebanyak helaian  rambut, dan memadamkan sebanyak itu perbuatan jahat.

Petikan dari buku LA TAHZAN " kebahagiaan menurut sahabat adalah sesuatu  yang tidak banyak menyibukkan, hidup yang sangat sederhana dan pendapatan yang memadai".

Aku ingin sekali menjadi isteri sehebat Khadijah, anak sehebat Fatimah, ibu sehebat Maryam, mereka begitu tabah menghadapi setiap dugaan yang menimpa keatas mereka , bahkan tidak pernah pula berkurang rasa syukur mereka kepada Allah. Aku ingin menjadi isteri dan ibu yang terhebat, yang terbaik sekurang-kurangnya di mata suami dan anak-anak. Dalam diri masih banyak yang kekurangan, banyak kelemahan, banyak kekhilafan, tapi aku akan terus mencuba dan berusaha menjaga suami dan anak-anak sebaik mungkin.

Jumaat, 22 Julai 2011

alahai ank-anak

Hasil perkahwinan selama 13 tahun yang rukun damai, terhasillah dua orang hero dan sorang heroin. Hero nombor satu pendiam sikit orang nyer, tak de banyak kerenah dan senang diuruskan. Tahun ni nak ambik UPSR tapi banyak sangat main dan tak berapa risau nak pereksa. Yang ni very dependant dengan mak ayah tapi juga kuat membangkang ayahnya. Dengan mak dia takut sikit dan tak berapa berani nak melawan. Mungkin sebab aku ni jenis yang garang dan memang akan menggunakan kuasa veto aku untuk merotan anak-anak yang melawan atau tak dengar kata. si ayahmemang kuat diplomasi tapi tak jalan selalunya.

Yang kedua si heroin yang dah masuk 9 tahun. Yang ni  kuat merajuk macam mak dia, nak menang sendiri, tak suka mengalah, suka simpan dalam hati. Si heroin memang menjadi ratu pujaan hati sang ayah dan dia memang selalu nak menang. Si ayah akan selalu membebel tapi si anak juga yang menang akhirnya. Si heroin ni memang sangat sayang ngan si ayah lebih daripada sayangkan si mak. Memang anak ayah ni. Kalu buat kad ke, hadiah ke, memang dia akan kasi kat si ayah dulu. Mungkin sebab mak nye garang sangat kot.

Hero nombor dua baru tujuh tahun. Yang ni banyak cakap cam ayahnya. Senang bergaul ngan orang, dan memang terlebih manja sebab takde adik. Tapi dia senang dimanipulasikan. Risau plak kalau terbawa-bawa sampai besar nanti. Yang ni kalau menjerit memang nyaring dan menyakitkan telinga. Kalau hilang kat pasaraya memang senang nak jumpa  (tak pernah hilang pon). Yang ni masalah sikit bila nak pegi sekolah. Nak bangun pagi cukup susah. Macam-macam alasan dia bagi kalau dia malas nak gi sekolah. Kadang-kadang kalau kaki gatal kena gigit nyamuk pon bole jadi alasan tak nak gi sekolah. Otak dia memang ligat cari alasan.

Dah tujuh tahun takde baby kecik kat dalam rumah ni. Bila tengok baby-baby yang comel, ada jugak rasa teringin. Si hero nombor dua pon asyik tanya bile nak ade baby , orang lain sume ada baby. Tapi bila memikirkan nak kena bangun malam, nak tukar lampin dan macam2 kerenah baby, aduh semput rasanyer. Soal mengandung atau hilang bentuk badan tu small matter je. Si ayah pon asyik tanya tak nak baby baru ke, dia sentiasa bersedia nak bagi sumbangan.

Nak jaga baby bagai, yang dah besar ni pon tak terjaga. Ni ha si hero nombor dua yang takreti dok diam telah mencederakan diri sendiri. Bila si ayah balik dari kerja, dia jadi tergezut. Bila dia tergezut, dia akan membebel. Itu boleh difahami sebab si ayah boleh memang terer membebel dalam apa jua suasana. Soalan yang sepatutnya berbunyi simpati telah bertukar menjadi seperti seorang polis yang cuba korek rahsia dari seorang pengedar dadah. Anak nya langsung tak nak jawab sebab soklan si ayah biasanya akan meleret dan berpanjangan dan berulang-ulang. Anak-anak pon dah boleh baca pee'l si ayah.



benjol sebesar telor ayam, sian dia

sakit pinggang

Adoi,, sakitnya pinggang hamba ni. Dah seminggu macam ni, tak hilang-hilang lagi. Nak solat pon tak boleh rukuk dan sujud, jadi terpaksa solat duduk. Ini kali ketiga aku sakit pinggang macam ni. Dah seasoned kot bila dah masuk 30an ni.

First time sakit pinggang dulu masa heroin aku umur 2 tahun. Masa tu baru pindah rumah jadi terpaksa mengemas dan mengangkat kotak- kotak barang. Bukan kotak besau pon, yang kecik-kecik jer. Dia punya after effect tuh memang dasat sampai nak keluar suara pon tak boleh. Terpaksa diinjek oleh doktor, baru lega.

Second time, dua tiga tahun lepas, bila habis mengemas dan mendecorkan rumah (kononnya), dah tolak-tolak almari ngan katil , kesannya datang lepas tu. Time tu pon kena injek gak. Aku ni cukup cuak dengan jarum sebenarnya. tapi, bila dah terpaksa tu tahan jelah.

La ni dia dah datang balik penyakit ni, padehal aku tak rindu pon kat dia. Oh! sakit pinggang pergi kau main jauh-jauh. Dah lama kau menghilang, hilang jelah terus. Bila datang sakit ni, memang tak boleh banyak bergerak sebab musle macam bengkak or something. Bila pegi chek memang bukan masalah tulang belakang doktor cakap tapi muscle, so dinasihatkan banyak berehat. Doktor yang aku pegi kali ni lelaki, dia pon tak mau suntik morfin kat aku agaknya, dia kasi pil tahan sakit, ubat sapu, dan koyok je. Tapi tah kenapa ubatnya lambat betul berkesan kali ni. Nak pusing atau mengiring kiri kanan kemain seksa dibuatnya.
Ni bende yang aku kena buat. Makan dan sapu. Koyok dah lama abih.


Kenapa muscle tu jadi bengkak yea. Mungkin minggu lepas banyak banyak sangat berjalan atau aktiviti yang melibatkan muscle. Iyake?

Ada penjelasan yang lebih bagus?

Apapon sabar jelah. Mungkin Allah saje nak menguji dengan memberi sedikit kesakitan. Mungkin Allah nak menghapuskan dosa-dosa kecil dari kesilapan yang tidak disedari. Baru sakit pinggang sikit je, bukan lumpuh atau patah ponkan. Ya Allah aku redha atas setiap kesakitan atau dugaan sekiranya aku akan menjadi manusia yang lebih baik disisiMu.

body yang x phewit

Tahun ni dah masuk 35 tahun, rase macam dah tua jer. Bukan tua sangat pon, dah masuk peringkat matang sebenarnya. (ini saja nak mengobati hati sendiri). Tapi, tidak mengapa, sebaliknya aku harus berbangga dan bersyukur kerana dikurniai kehidupan yang baik selama ini bersama keluarga tersayang. Daripada zaman belom kawen sampai sekarang anak dah masuk tiga dan dah besau sume. Takde le besar mana tapi masing-masing dah pandai cebok sendiri, dah besar la tu
 Allah telah mengurniakan bermacam nikmat yang tidak habis untuk disyukuri kerana punya ibubapa yang amat kaya dengan kasih sayang, adik beradik yang harmoni dan rumah tangga yang aman. Semoga kebahagiaan ini berkekalan ke syurga hendaknya.
Dalam hidup ni bermacam pengalaman dah dilalui, merasai kemanisan dan kepahitan pengalaman hidup. Semuanya menjadi ujian kepada diri agar sentiasa merendahkan diri dan berusaha mencari keredhaan Allah.

Cukup le tu pembukaan dengan ayat yang teramat sadis dan syahdu kat atas tu. Sekarang berbalik kepada tajuk utama. Nak dijadikan cerita semasa aku nuda dulu-dulu, dari zaman kanak-kanak hingga remaja badan aku ni memang termasuk kategori kurus keremping. Memang ikut saiz mak aku. Dia pon kurus jugak, tapi kami sume kurus pon termasuk dalam kategori sihat, bukan macam anorexic tu. Malah aku sangat aktif menghabiskan tenaga aku dengan bersukan dan bermain ngan member sekampong. Kitaorang dulu mana nak layan sangat indoor games ni, memng takde pon. Tempat main kitaorang kalau bukan kat dalam kebun, mesti kat sawah padi.

Masa aku belajar kat U dulu cukup geram kalau tengok paha member-member yang berisi. Masa belom kawen dulu berat badan aku cuma 40 kilo jer. Serasa aku yang paling berat pon 42 kg je. Macam macam aku buat, makan nasi 2 pinggan tak jadi hal punya. Aku jugak pernah mentry minum sejenis susu untuk menambahkan berat badan , tapi tak jadi jugak. Menghabehkan duit aku jer.

Lepas aku kawen pon kurus lagi, tapi masa mengandung ank pertama berat badan aku naik dari 42kg kepada 70 kg. Tapi aku pon tak tau kenape aku sangat gembira setiap kali menengok jarum timbangan naik. Mungkin sebab terharu kot bila tengok jarum melepasi angka 50kg. Lepas je bersalin dan habis pantang, berat aku terus turun kepada 45 kg. Ok lagi.  Body pon masih macam anak dara. Lepas tu mengandung kali kedua, berat aku naik mendadak jugak, dan bila dah bersalin berat badan kembali normal. Masa tu umur 26 tahun.

Bila mengandung kali yang ketiga ni selera aku betul-betul kaw punyer. Lapar memanjang, dan encik suami juga ikut melayan selera aku, aku buncit, dia pon turut sama buncit. Sehabis bersalin anak yang ketiga ni berat badan aku bermasalah sikit nak turun sampai lah sekarang ni. Sekarang ni dia mantain jer lebih daripada 50 kg. TApi sebenarnya yang menjadi masalah ialah bukan berat badan tetapi cutting badan dah takde. Dah macam-macam cara aku buat nak kempiskan perut, tapi x jugak berjaya. Aku memang segan betul kalau nak ukur pinggang sendiri, takde dah pinggang 23 inci aku.

Tiap kali fikir nak diet, susah betul kalau hari-hari masak.Dah masak mesti lah cuba, kalau dah cuba dan sedap mesti lah makan pon lebey. Kadang-kadang kalau tak nak membazir makanan ,kita jugak la tukang perabih makanan anak-anak. Camana nak diet. Dulu kalau dengar orang cakap susah nak diet, mesti tak caya. Sekarang baru tahu macam mana seksanya nak menahan diri dari makan/ mengisi perut. Dulu, kehidupan sentiasa aktif dan metabolisma tengah tinggi. Sekarang ni metabolisma pon dah berkurangan dah, sebad tu makanan lebih cepat menimbun menjadi lemak.Walau apapon, tujuan aku nak mendapatkan perut yang kempis tu sebenarnya juga untuk kesihatan jugakkan.




Anyway, any suggestion camana nak mengempiskan perut?

Rabu, 20 Julai 2011

baru belajar

Hari ni hari pertama buat blog. Selama ni tak sedar pon selain daripada alam nyata, ada satu lagi alam lain yang wujud dan kurang disedari oleh orang yang x brapae terer pasai it nih, iaitulah alam blogging.
x sangka kat alam ni banyak maklumat yang kita boleh dapat atau pelajari atau cedok, atau nak mempositifkan diri mahupon nak menjahanamkan diri.

Kat alam ni banyak gossip, banyak mengata, banyak ilmu juga banyak pengetahuan sebenarnya.
Harap2 lepas ni dapatlah belajar banyak bende2 positif dan boleh bagi manfaat kat dunia ni mahupon kat akhirat.