Ahad, 11 September 2011

After raya yang memenatkan

Raya tahun ni dahlah kurang kaw! ( sebenarnya sebab takleh balik kg sendiri), kena plak penyakit lepas raya yang menyerang satu famili. Aduh, inilah dugaan lepas raya agaknya.

Dari hari raya ketiga lagi, dia start dan mangsa pertama ialah aku sendiri, hai bertunggu tangga lah kat depan bilik air jawabnya. Dia bermula dengan rasa memulas berpusing-pusing macam orang main roller coster kat dalam perut. Selang dua minit mesti meluru masuk bilik air. Aku ni memang jenis pantang nak gi klinik makan ubat-ubat bagai, jadinya aku buat je teh kelat, minum . Ok , lepas tu .

Aku ni bolehlah tahan lagi, esoknya ank dara plak yang kena. Aduh, tercirit-cirit dia, habis kena seluar ngan cadar, tak sempat-sempat dah nak ke toilet. Dah seharian menunggu toilet, malamnye dia muntah plak, ni tak boleh jadi ni, sampai dah lesu badan dia sebab banyak hilang air. Budak-budak ni tau jelah bukan nak minum sangat benda-benda kelat ni. Abahnya pon dah risau , terus bawa gi klinik.

Lepas tu plak si Laling plak kena. Yang ni kalau sakit sikit, dia punye merengek mengalahkan anak. Jadi tukang basuh kain yang terkena najis mutawaasitah lah isteri nya. Si Laling kena sampai tiga hari, sampai kurang lah sikit dia punya ukur lilit pinggang. Dah pegi klinik lagi, makan ubat lagi, teh kelat lagi, pil chi kit lagi, sampai tak tahu yang mana satu berkesan sebenarnya. Dia maen bantai je sume.

Mangsa seterusnya si Along plak, yang ni cukup merisaukan hati mamanya, sebab lagi beberapa hari nak exam UPSR. Ya Allah, peliharah anakku ini. Dia terpaksa bercuti dua hari, hari yang ketiga dia pergi tu pun kurang sihat lagi perutnya, tapi dia pergi juga sebab nak tahu kedudukan meja time exam.

Time si Along kena, mamanya pon kena balik. Aduh, rasa nak melepek dua hari, tapi terpaksa juga gagahkan diri untuk masak dan kemas rumah sebab tak boleh nak tengok rumah bersepah. Sedih rasa hati bila si Laling cakap si isterinya saje mengada -mengada nak baring je macam orang patah pinggang. Dia tak tahu isterinya ni cirit jugak sampai demam-demam. Tu pun dalam demam cuba jugak masak benda-benda yang ringkas untuk bagi anak-anak makan. Itulah si suami, bukannya dia kena basuh kain ke, masak ke, kemas rumah ke, Dia pon duduk tak buat apa pon, tapi langsung tak nak memahami. Disebabkan kepala otak tengah berat, malas lah nak layan orang yang suka membebel ni, anggap je dia sebatang pokok pisang.

Ingatkan si bongsu tak kena la sindrom kami sume sebab dia nampak macam kebal je, last-last pagi tadi kena jugak dia. Patutla bangun tukar seluar pukul empat pagi. Lepas tu dia panjat katil mamanya. Still tak perasan sampai mamanya bangun nak sembahyang subuh pukul enam. Ingatkan dia kencing atas tilam sebab rasa macam lembap, bila kejutkan dia pergi bilik air, rupa-rupanya dia tercirit masa tidur tapi dia tak sedar. Terus mandikan dia dan tukar baju sume. Kesian plak kat dia. Tapi mama punya cadar habislah, nasib baek tak kena tilam sebab guna mattress protector, kalau tidak dia punya resap tak tahu bila nak hilang bau. Nasib baik jugak sebab si bongsu kena tak teruk, satu hari dah ok. Harap-harapnya jangan lah kena lagi.

Tak tahulah dah termakan apa masa raya hari tu sampai gini punya teruk dapat sakit. NAk kata kena kat satu rumah yang kami pergi beraya tu, si Along tak ikut, tapi dia pon teruk kena. Kesimpulannya, pada masa akan datang, kalau ada orang hidang rendang, sambal, masak lodeh pada raya ketiga, janganlah makan, dah berapa kali hangat pon tak tahu, dahtu kuman betul-betul mati ke tidak, kita tak nampak.

Ahad, 4 September 2011

Raya dulu, raya sekarang

Tertunggu-tunggu bulan puasa, dah abes puasa, sibuk sibuk buat persiapan raya, dah habis raya, sekejap je masa berlalu. Apabila umur meningkat, kemeriahan berhari raya terasa berkurangan. Kenapa ye? aku cuba listkan kenape aku rasa hari raya kurang meriah mengikut pandangan aku:

1)Zaman kanak-kanak dulu punyalah seronok sampai takleh nak tido malam sebab tak sabar nak pakai baju baru dan kasut baru. Dulu-dulu time raya ni jelah selalunya dapat berganti pakaian baru dan kasut baru. Tak kisahlah walau baju kurung tu berharga 20 hengget.

Sekarang ni nak beli baju baru atau kasut baru tak payah tunggu raya. Sale on sepanjang tahun, jadi  macam dah tak heran dengan pakaian dan kasut baru, keterujaan pon berkurangan lah jugak walaupon sekarang dah mampu beli pakaian yang mahal dan berjenama.


2)Zaman kanak-kanak ingat nak bersuka ria je, maklumlah tak de tanggungjawab nak fikir nak masak apa, nak buat persiapan macam mana, semuanya ada orang uruskan. Dalam kepala cuma fikir nak beraya ke rumah siapa je.

Sekarang ni semua nak kena fikir sendiri, nak pakai tema apa , kaler ape, nak masak ape, nak jemput siapa, nak buat open house macam mana, nak tukar langsir ke, nak tukar kerusi ke, macam-macam lah. Akhirnya persiapan punyalah kebabom, tapi bila dah raya badan pon dah keletihan.

3)Zaman kanak-kanak dulu kami bebas selama beberapa hari nak beraya dan mengutip duit raya keliling kampung. Mak bapa pon tak risau sangat sebab kami dulu kalau keluar mesti ramai-ramai, dan selalunya orang-orang kampung tu ada pertalian saudara. Hasil kutipan takde lah banyak mana pon, kalau dapat 30 hengget, kira banyak la tu.

Zaman sekarang anak-anak tak boleh dibiarkan keluar rumah sesuka hati sebab banyak sangat orang jahat kat luar. Jadi anak-anak cuma beraya ke mana mak bapa beraya, kalau takde memang tak kenal sedara la jawabnya.



Tapi apa pun aku merasa hari raya sekarang kurang meriah kerana matlamat asalnya dah terpesong. Hari yang sepatutnya menjadi hari kemaafan dan menghubungkan silaturrahim dah bertukar menjadi hari untuk bergembira kerana tak perlu lagi menahan lapar dan juga hari untuk menunjukkan fesyen masing-masing.
Anak -anak muda sekarang aku tengok cuma bersalam-salaman , lepas tu masing masing sibuk mengadap henfon jer, camana nak mengeratkan silaturrahim, dah la jumpa pon setahun sekali.

Kunjung mengunjungi juga nampak makin hambar kerana masing-masing keletihan kerana hebatnya persiapan nak menyambut raya. Akhir nya mengadap lah tv yang tak habis-habis menyiarkan artis menanyi dan berjoget menyambut raya. Typical sungguh.

Pesen raya sekarang pon macam macam sungguh, padehal baru je habis sebulan berpuasa, bulan memohon keampunan dan rahmat. Kenapa ye sekarang ni ramai orang suka pakai pesen berkemban. Malu ah . Orang dulu berkemban sebab nak mandi, orang sekarang berkemban sebab nak beraya merata riti.

Apa pon selamat hari raya sume, dalam dok sibuk beraya , open house sana sini, jangan plak sampai tersasar solatnya. Baru je bertambah sikit pahala masa bulan Ramadhan, jangan la berkurang bila dah syawal.

Rabu, 24 Ogos 2011

Santau/ guna-guna

Petang tadi sempat nonton rancangan jejak Rasul kat tv3. Tahun ni Jejak Rasul menyusuri perkembangan Islam di eropah timur khususnya di Russia.  Rancangan hari ini berkisar tentang rawatan cara Islam yang menggunakan bacaan Al-Quran dan hadis untuk menyembuhkan penyakit. Bahkan ada hospital yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk merawat orang ramai. Yang menarik para perawat semuanya adalah professional yang merupakan hafiz Quran, bahkan itu merupakan kriteria utama. Setiap bilik rawatan siap  dengan cctv lagi.

Kebanyakan pesakit yang mendapatkan rawatan pula ialah mereka yang mengalami gangguan jin atau sihir kalau kat Mesia ni kena bomoh, atau santau. Ini merupakan satu pengetahuan baru, kerana selama ni dok ingat orang Asia je yang suka main bomoh2 nih, rupa-rupanya orang eropah pon masih mengamalkan ilmu hitam ni. Bahkan di sana ada pasukan polis khas yang mencari dan menangkap mereka yang mengamalkan ilmu hitam dan sihir. Malah, pelbagai bahan rujukan  dan peralatan turut dirampas.

Kebanyakan kes sihir ni pula ialah sebab putus cinta atau cinta tak kesampaian , mahupun dengki khianat semata, so typical kan. MAklum sajalah mat-mat dan minah-minah Chechnya ni memang cun melecun. Tengok cara rawatan dia dan kesan akibat sihir tu lebih kurang macam kat Mesia je. Bezanya ialah kat sana kerajaan menyediakan pusat rawatan khas secara percuma, kat Mesia mana ada. Cuba bawak gi parlimen, kata nak buka hospital kerajaan untuk menyembuhkan penyakit SANTAU DAN SIHIR, MAU KENA GELAK RAMAI-RAMAI.

Yang bagusnya kat sana tukang massage kat hospital pon mesti hafiz dan guna ayat Al-Quran, baguskan. Mereka meletakkan pergantungan hanya kepada Allah setelah berusaha. Kat Malaysia ni bila nak ada pusat rawatan macam ni tak taulah. Yang persendirian adalah kan, tapi kalau takde pantauan, ramai yang menipu, macam Pusat rawatan Cakra Alam dulu. Alih-alih orang korea ngan mat salih yang bongkarkan penipuan mereka setelah sekian lama beroperasi.

Tapi , baru baru ni kerajaan Malaysia meluluskan undang-undang yang membolehkan pendakwaan dilakukan kepada mereka yang mengamalkan ilmu hitam dan sihir. Sama-sama kita tunggu dan tengok , siapa yang akan menjadi orang pertama didakwa di bawah undang-undang tersebut.









Selasa, 23 Ogos 2011

Cheese Arabia

Dalam orang dok kecoh-kecoh pasal mentega tak halal kat pasaran Malaysia, semalam tetiba plak toke dobi bagi sekotak cheese yang diimport.



gini rupe kotaknya

gini rupe isinya

naseb baek Arabia mari, jadi takde lah rasa was-was sangat. Rasenya ok-ok lah kot. Heroin mula-mula ingat gula-gula ke hapa, dimakannya gitu aje, tapi tak abis pon satu wrapper tu. Last-last along yang makan ngan roti waktu berbuka.

apa nak jadi bapa zaman sekarang

Hari ni 22hb Ogos 2011, tak gi terawih lagi sebab che mat keje malam. Habis je berbuka dan solat Maghrib terdengar kat dalam berita tv9 dua kisah yang amat sadis dan boleh dijadikan pengajaran.


Berita pertama mengenai seorang bapa yang sanggup menolak tiga orang anak yang masih kecil ke dalam sebuah kolam dengan niat untuk membunuh. Mayat ketiga beradik itu ditemui kemudiannya dan punca kematian adalah lemas. Bapanya kemudian ditangkap dan dikatakan cuba membunuh diri dengan meminum racun tetapi terselamat.

Berita kedua mengenai seorang bapa yang cuba mengelar anaknya yang masih kecil lantaran bergaduh dengan isteri. Nasib baik polis kebetulan lalu dan sempat menyelamatkan kanak-kanak berkenaan. Kejadian tersebut menyebabkan anak-anak menjadi trauma. Si bapa kemudian ditangkap dan didapati positif dadah.

Apalah nak jadi dunia zaman sekarang ni, ramai betul manusia menghadapi penyakit mental sampai sanggup amembunuh anak sendiri. Inilah akibatnya kalau takde iman dan terlalu mengikut nafsu. Bulan-bulan pose ni masih jugak perangai mengalahkan setan. Maka jadilah manusia lebih keji daripada setan kerana melanggar banyak perintah Allah, sedangkan dosa setan ialah takmo tunduk kepada Adam.

Sebagai seorang ibu , saya boleh membayangkan bagaimana seksanya anak- anak tersebut meninggal dengan cara sedemikian rupa. Tidak ada manusia yang waras sanggup memperlakukan anak-anak seperti setan dua ekor nih. Langsung tidak menghargai anugerah Allah yang amat istimewa.

Sedang orang lain yang tidak ada anak berusaha siang malam dengan bermacam cara untuk merasai nikmat menjadi ibubapa. Sedang orang lain sanggup berdepan dengan segala kesusahan demi memastikan anak-anak terus hidup. Bagaimana ibu bapa di Somalia sekarang sanggup mengorbankan nyawa sendiri kalau mereka boleh berbuat demikian demi anak, tapi perkara yang berlaku di tanah air sendiri dah jadi terbalik. Segala tekanan , kemarahan , dilemparkan pada anak-anak yang masih amat kecil untuk memahami.

Hukuman di dunia ini tidak layak untuk manusia spesis begini melainkan Allah sahaja yang layak menghukum mereka. Hati ini merasa sangat sedih, sangat marah dan seperti turut merasa apa yang dialami anak-anak kecil tersebut. Semoga roh anak-anak yang meninggal berada ditempat yang lebih baik dan aman di sana. Amin.

Memikirkan masa depan si puteri, doa seorang ibu biarlah dia mendapat jodoh seorang lelaki yang tinggi ilmu agamanya dan tebal imannya, yang mencintai Allah melebihi segalanya. Hanya iman dan taqwa sahaja lah yang dapat memberikan kebahagiaan dan ketenteraman.

Alahai mentega

Dah jenuh bertahun-tahun orang Islam makan mentega tu , tau-tau rupenye ada dna babi la plak. Inilah jadi kalau pihak berwajip kurang teliti dalam pengawasan mereka terhadap produk yang halal dan tidak, akhirnya yang jadi mangsa adalah pengguna. Yang heran tu dah sekian lama mentega tu ada dalam pasaran baru sekarang kah di uji. Macam mana pula dengan produk-produk lain yang berada dalam pasaran tapi belum diuji, banyak yang meragukan jugakah.

Lepas dah keluarkan kenyataan yang mentega tu haram sebab ada dna babi, lepas tu ada lagi kenyataan yang mengatakan mentega yang tidak halal tu adlah dalam tin punya, bukan mentega ketul. Apa plak bezanya? Bukan dari pengilang dan pembuat samakah? Hai, pening-pening. Tak pasal-pasal toke buat kek kena samak semua barang. Kalau yang tak samak tu alamat menjawab le kat 'sana' besok.

Tapi, dah jadi macam ni ada lagi ke orang teringin nak makan kek lapis sarawak. Patut le sedap teramat, ada barang larangan rupenyer, dah mendarah daging dah kat badan orang Islam. Apa la naseb. Teringat pada seseorang yang dah jadi arwah, suke benor dia makan mentega ni.





Ada beza ke?

Isnin, 22 Ogos 2011

sulam riben dan sulam bunga

Sebelum ni aku dah upload gambar hasil kekerasan tangan dengan menjahit labuci dan manik pada baju sendiri. Bolehlah kan untuk beginner cam aku ni. Kali ni aku nak upload plak gambar sulam riben hasil tangan aku jugak yang dah lama aku buat. Itu adalah hasil pertama aku setelah melihat beberapa gambar kat pakcik google. Sarung kusyen sepatutnya plain , barulah hasilnya cantek, tapi sebab tak nak membazir duit dengan hasil yang belom tentu , aku guna je apa yang ada kat rumah. Dan jadilah hasilnya seperti ini;







Jadi dapeklah sepasang sarung kusyen yang berbunga reben seperti di atas.

Ni plak hasil kerastangan aku menyulam bunga kat tudung ipar aku. Tudung dia ni besar sikit , pastu dia mintak la aku sulamkan bunga sikit nak bagi nampak glemer raye nanti katenye.




Kalau tengok yang real lagi elok kot


Yang ni plk hasil sulam manik baju raya kedua. Mak aih sampai dua pasang baju raya. Time entry ni baju hero dua orang tu satu apa pon tak beli lagi. Anyway, ini bajunya.







Yang ni macam tunggang langgang sikitlah

Malu jer nak tunjuk hasil yang tak semengah tu. Aku tau aku tau , tak cantek mane pon, tapi oklah aku puas hati lah sebab ini hasil tangan aku sendiri yang tak pro langsung. Raya ni kita bermanik yew.