Selasa, 23 Ogos 2011

apa nak jadi bapa zaman sekarang

Hari ni 22hb Ogos 2011, tak gi terawih lagi sebab che mat keje malam. Habis je berbuka dan solat Maghrib terdengar kat dalam berita tv9 dua kisah yang amat sadis dan boleh dijadikan pengajaran.


Berita pertama mengenai seorang bapa yang sanggup menolak tiga orang anak yang masih kecil ke dalam sebuah kolam dengan niat untuk membunuh. Mayat ketiga beradik itu ditemui kemudiannya dan punca kematian adalah lemas. Bapanya kemudian ditangkap dan dikatakan cuba membunuh diri dengan meminum racun tetapi terselamat.

Berita kedua mengenai seorang bapa yang cuba mengelar anaknya yang masih kecil lantaran bergaduh dengan isteri. Nasib baik polis kebetulan lalu dan sempat menyelamatkan kanak-kanak berkenaan. Kejadian tersebut menyebabkan anak-anak menjadi trauma. Si bapa kemudian ditangkap dan didapati positif dadah.

Apalah nak jadi dunia zaman sekarang ni, ramai betul manusia menghadapi penyakit mental sampai sanggup amembunuh anak sendiri. Inilah akibatnya kalau takde iman dan terlalu mengikut nafsu. Bulan-bulan pose ni masih jugak perangai mengalahkan setan. Maka jadilah manusia lebih keji daripada setan kerana melanggar banyak perintah Allah, sedangkan dosa setan ialah takmo tunduk kepada Adam.

Sebagai seorang ibu , saya boleh membayangkan bagaimana seksanya anak- anak tersebut meninggal dengan cara sedemikian rupa. Tidak ada manusia yang waras sanggup memperlakukan anak-anak seperti setan dua ekor nih. Langsung tidak menghargai anugerah Allah yang amat istimewa.

Sedang orang lain yang tidak ada anak berusaha siang malam dengan bermacam cara untuk merasai nikmat menjadi ibubapa. Sedang orang lain sanggup berdepan dengan segala kesusahan demi memastikan anak-anak terus hidup. Bagaimana ibu bapa di Somalia sekarang sanggup mengorbankan nyawa sendiri kalau mereka boleh berbuat demikian demi anak, tapi perkara yang berlaku di tanah air sendiri dah jadi terbalik. Segala tekanan , kemarahan , dilemparkan pada anak-anak yang masih amat kecil untuk memahami.

Hukuman di dunia ini tidak layak untuk manusia spesis begini melainkan Allah sahaja yang layak menghukum mereka. Hati ini merasa sangat sedih, sangat marah dan seperti turut merasa apa yang dialami anak-anak kecil tersebut. Semoga roh anak-anak yang meninggal berada ditempat yang lebih baik dan aman di sana. Amin.

Memikirkan masa depan si puteri, doa seorang ibu biarlah dia mendapat jodoh seorang lelaki yang tinggi ilmu agamanya dan tebal imannya, yang mencintai Allah melebihi segalanya. Hanya iman dan taqwa sahaja lah yang dapat memberikan kebahagiaan dan ketenteraman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan